Sunday, May 29, 2011

Raya Datang Lagi...

Pada tarikh 18/05/2011 bersamaan dengan ari rabu, satu sejarah telah tercatat. Pada tarikh dan ari tersebut, semua rakyat Malaysia di Maghribi@Morocco telah menyambut Ari Raya Aidilfitri dengan jayanya tanpa melalui bulan pose terlebih dahulu. Tempat berlangsungnya sambutan tersebut adalah dirumah kedutaan besar Malaysia di Maghribi.


Kejadian ini benar2 diluar jangkaan kerana daripada apa yang kita ketahui, pada tahun 2011 ini, bulan ramadhan jatuh pada bulan Ogos... Yakni atau dikenali jua sebagai bulan8. Oleh sebab itu, ari raya aidilfitri sudah semestinya disambut sebulan selepas itu. Bersamaan dengan bulan September atau lebih senang dipanggil bulan9.

Tapi kami, rakyat Malaysia disini tidak menghiraukan itu semua. Apa yang penting kerjasama... Eh2 silap, apa yang penting kami dapat makan free dengan sepuas-puasnya. Antara menu yang dihidangkan termasuklah nasi impit dan kuah kacang, ayam masak merah, nasi tomato, pelbagai jenis kuih raya, kuih-muih, cendol (yummy...), buah-buahan dan macam2 lagi la... Maaf tak dapat nak tulih semua kang jadi cam karangan budak skolah plak.

antara juadah yang dihidangkan

sebahagian daripada kuih-muih yang disediakan

minuman dan buah-buahan
Nak dijadikan cerita...(cer cite...cer cite...) or dipendekkan cerita, sambutan ari raya tipu2 tu dibuat sempena dengan kedatangan krew2 RTM yang mahu mengadakan program sambutan ari raya disini. Ceh, ingatkan raya betol2 tadi, terkezuttt gak.hehe. Ok, tanpa melalut panjang2 sangat aku cuma nak bagi tau mase RTM datang tu diaorang adala suruh aku, encik suami dan sitecik ahlaa wat ucapan. Bagai orang ngantuk disorongkan bantal, aku pe lagi dengan muka yang agak malu2 kucing dan langkah yang agak tersusun dengan lemah gemalainya berjalan menuju kearah encik suami.
 
"Abang,diaorang suruh wat ucapan raya la". "La yeke?jom la. Jawab encik suami dengan berkeyakinannya... "Abang taknak berlatih dulu ke?kang tersalah cakap lak". Tanyaku lagi. "Tak mengape la, abang kan dah pro..." Jawab suamiku dengan bangganya... Lagaknye tak ubah seperti cerita kartun animasi Boboi Boy yang diminati oleh ahlaa. Anak dara kami yang sorang tu stakat ini...
dari kiri : DaunKuchai, UmmuAhlaa dan Ahlaa

penggambaran takbir raya oleh krew2 syahadah
Selesainya acara ucapan raya tu menandakan abisnya sambutan ari raya tipu2 kami tersebut. huhu. Sedeynya... Sekian.

p/s: saksikan rancangan "syahadah" sepanjang Ramadhan hingga raya ke-3 kul 6.30ptg diTV1... tengok, jangan tak tengok...hikhik

2 comments:

yakyong a.k.a cik senah said...

selamat hari rAya sebelum pose kaq hanis n ustaz...hehe

DaunKuchai dan UmmuAhlaa said...

haha... sori x minta izin dulu nk masukkan cite pasal asna... igt nk dtg umah nnt ckp pasal ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...