Saturday, June 4, 2011

Sonata Musim Salju 2

Keesokan arinya baru la kami sampai ke Oukomeden. Lebih kurang kul 12.45 tengahari. Kami sampai lambat sket sbb banyak nyinggah... Yela,benti tuk solat, rehat jap, makan lagi dan tido kejap... Ni driver punye keje yek... Kami boley tido dalam perjalanan jek. Diaorang ni kena la benti kt mana2 nk tido jap... Yela sebuah kete de sorang je drivernya cmne la tak penat. Aku boley je drive tapi tak berani sbb orang kt sini drive lain macam sket,jenis tak mempunyai tahap kesabaran yg tinggi. Semuanya nak cepat... Sket2 nk hon... sket2 nk hon... Cube la bawok banyak2 bersabor sket. Kang mati terkezutt je aku ni,huhu. Teremosi sket. Lagi satu, kete kat sini tempat drivernya belah kiri,lagi la tak konfiden aku nak bawak... Mahu tak terhuyung-hayang nanti kete tu aku bawak. Tak boley... tak boley... Dah la banyak nyawa nak kena jaga.

Sampai je kt tempat orang main salji tu aku pe lagi terus mengajak Cik Senah temankan aku ke toilet jap. Nak salin baju salji sebenarnya... Kami dah siap2 pakai dah,cume tinggal nak tanggal jubah je. Boleh je nak tanggal dalam kete tp sambil2 tu nk touch up la sket2,huhu. Aku menyuruh DaunKuchai bawak Ahlaa gi naik kete kabel dulu,nampak Ahlaa tu cm excited je nak naik. Puas la kami tawaf keliling kawasan tersebut demi mencari sebiji toilet,tapi agak pelik kerana tak jumpe2 jugak setelah agak sekian lama. Dengan muka tak puas atinya aku memandang kearah Cik Senah. " Eh,awk tau ke tidak kat mana toilet tu? " Tanyaku dengan menjegilkan sedikit mata. " Rasenya kt sini dulu,nanti saya tanya sape2 dulu..." Jawab Cik Senah yg menundukkan sedikit pandangannya kerana takut melihat aku yang seperti mahu menelannya. Beberapa minit kemudian datang la 2 orang makcik arab mengatakan bahawa toilet udah tidak ada. Katanya menambah " kalau nak salin baju sila la pegi ke arah ujung sana ". Sambil menunjukkan kearah satu lorong yg agak tak berapa tersoroknya. Uish, dasyatnya... Takpela terpaksa la kami salin kt situ gak sbb malas dh nk berpatah balik...

Tanpa membuang masa lebih lama, kami pun terus je menuju ke tempat matlamat utama kami. Iye,main salji dan naik kete kabel... Perjalanan nak ke tempat salji yang agak tebal tu kena naik kete kabel sbb jalannya bergunung-ganang dan agak curam. Perghhh... sejuk betol kat sini. Terketar-ketar jugak la aku sementara nak sampai kat DaunKuchai dan Ahlaa. Dari dalam kete kabel tu ternampak la oleh aku DaunKuchai dan Ahlaa yg dipeluk kemas oleh abynya... Turun je dari kete kabel terus je aku melontarkan satu pertanyaan. " Nape ni? ". Tanyaku kpd DaunKuchai. " Ahlaa demam la... Dia sejuk ni sbb tu abg peluk dia..".  Dengan wajah yg agak cemas aku memandang kearah Ahlaa dan memeluknya erat sambil menciumnya bertubi-tubi. Sayang beb... Aku mmg cmni kalau Ahlaa tak berapa sihat mesti aku nangis,tp sebab ramai orang ku tahankan jua air mataku daripada menitis... Biasa la hati seorang ibu mudah tersentuh... " Nape ni sayang... Ahlaa sejuk ke? ". Tanyaku dgn agak cemas sbb tgk muka die dh berubah pucat. " Ummi...peluk Ahlaa,Ahlaa sejuk la... ". Uwaaa nk menangis rasenya aku dgr die ckp camtu... Biasanya Ahlaa ni tak tahan panas,kalau die dah cakap camtu maknanye mmg sejuk la tu bg die.Lagipun die demam,tu pasal tak tahan kot.
 
Ahlaa bergambar sebelum demam

Ahlaa sempat bermain salji bersama Cik Ain
DaunKuchai mengofferkan dirinya tuk bawak Ahlaa turun menuju ke tempat parking kete. Katanya biar dia tidokan Ahlaa dalam kete, ok sket kot bangun nanti. Aku menganggukkan kepala je sbb tak tau nak buat ape. Nak berpatah balik jauh la pulak... Aku mengiringi pemergian DaunKuchai dengan pandangan mata yang berkaca-kaca. Yela cam nk nangis dah ni. Seb baik la mampu tahan lagi. Aku pun bergerak la kearah Cik Senah and the gang. Kami pun gi la main salji dan amek gambo. Mood aku tak berapa nk ok sbb teringat kt Ahlaa yg tak berapa sihat. Camne la keadaan die... Dah ok sket ke...sob...sob...
  • Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...