Saturday, August 6, 2011

Hukum darah haid dan istihadhah...(1)

Bercerita pasal darah2 kaum wanita ini sebenarnya membuatkan aku serba salah...yelah aku bukannya perempuan, bukan juga seorang 'mak nyah' yg terhegeh2 nak transform jadi seorang perempuan yg ayu dan penuh lemah lembut...ala2 'wanita melayu timur sejati' gitu.....cuma aku rasa, sebagai seorang lelaki kita kena juga amik tau serba sedikit tentang perkara ini agar dapat menghilangkan segala kekeliruan yg wujud...apatah lagi suatu hari nanti kita akan bergelar suami dan selepas itu menjadi bapa kepada anak2 perempuan kita...sekurang2nya isteri-isteri(kalau kawin ramaila) dan anak2 kita bole jugak tanya dan merujuk pada si ayah kalau mereka tak tau dan confuse dengan masalah haid atau istihadhah ini...

Berdasarkan karangan Imam Ibnu Rusyd rahimahumullah dalam kitabnya "Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid" wafat 595 H, para ulama berselisih  pendapat berkaitan tempoh maksimum dan minimum bagi wanita yang didatangi haid. Bagi Imam Malik dan Imam Syafie tempoh maksimum 15 hari. Manakala Imam Abu Hanifah pula berpendapat, paling lama seorang wanita mengalami haid ialah 10 hari


Camtu jugak tempoh minimum bagi darah haid. Ianya berbeza berdasarkan pandangan ulama2 mujtahidin ini. Imam Malik menyatakan tiada tempoh minimum bagi darah haid...maknanya seorang perempuan boleh didatangi haid walaupun 'sekali keluar' atau dalam tempoh yg sekejap. Tetapi Imam Malik tidak memasukkan tempoh yg 'sekali keluar' itu di dalam kiraan 3 kali Quru' untuk iddah perempuan yg diceraikan suaminya. Manakala Imam Syafie berpendapat tempoh minimum   utk haid ialah satu hari satu malam dan Imam Abu Hanifah pula mengatakan tempohnya adalah 3 hari. 

Kalau tadi kita bincang pasal tempoh minimum haid, sekarang kita tengok pula tempoh minimum suci bagi seorang wanita. Terdapat riwayat yg berbagai dari Imam Malik berkaitan hari2 suci bagi seorang wanita. Ada pendapat mengatakan tempohnya ialah 10 hari, ada riwayat yg lain pula menyebut hanya sekadar 8 hari. Ada juga riwayat dari Imam Malik yg mengatakan tempoh minimum suci itu ialah 15 hari. Kesimpulannya dalam mazhab maliki terdapat 3 pendapat yg berbeza berkaitan hari minimum suci utk seorang wanita.

Bagi Imam Syafie tempoh minimum suci seorang wanita adalah 15 hari...Begitu juga pandangan ulama2 Baghdad. Manakala Imam Abu Hanifah dikatakan berpandangan sebanyak 17 hari. Dan itulah tempoh suci paling banyak  berdasarkan Ijmak Ulama menurut Imam Ibnu Rusd.Manakala tempoh maksimum suci bagi seorang wanita adalah tiada had! Maksudnya seorang wanita boleh berada dalam keadaan suci selama makna dia tidak didatangi darah kotor ini...sebab keadaan seorang wanita dengan wanita yg lain adalah berbeza berdasarkan faktor kesihatan dan gaya hidup yg diamalkan. 

Dan Imam Malik membahagikan perempuan haid itu kepada dua: 1) Perempuan yg pertama kali mengalami haid...2) Perempuan yg dah biasa mengalami haid...Menurut beliau, perempuan yg baru pertama kali didatangi haid wajib meninggalkan solat sebaik saja mendapati ada darah pada dirinya sehinggalah cukup 15 hari, sekiranya darah itu tidak berhenti selepas 15 hari, maka dia wajib mandi serta sembahyang dan darahnya itu dianggap darah istihadhah. Begitu juga pendapat Imam Syafie....cuma Imam Malik berpendapat seorang perempuan itu wajib solat apabila  dia berasa yakin yg darah yang keluar itu adalah darah penyakit atau istihadhah.

Bagi Imam Syafie pula, apabila perempuan itu yakin yg darahnya bukan darah haid, dia wajib mengulangi semua solat yg ditinggalkan sejak hari kedua darah itu keluar...sebab mula2 dia ingat darah yg keluar itu adalah haid..rupa2nya darah istihadhah...jadi kenalah dia qada' semua sembahyang tersebut.... Kenapa dikira pada hari kedua..? sebab bagi Imam Syafie tempoh minimum haid ialah satu hari satu malam...maknanya tempoh 24 jam yg mula2 itu dianggap darah haid...

Sebenarnya panjang lg tajuk ini kalu nak dibincangkan...jadi elok kalau aku sambung pada sesi yg akan datang, memandangkan sekarang ini waktu dah hampir berbuka...aku pulak skrg nih dah jadi full timer suri rumahtangga...kenala masak sendiri!!...hahhaha...oklah nanti aku sambung lagi bab nih sampai habis agar kita para2 suami dan isteri serta anak2 dapat faham insyaALLAH...

6 comments:

Anonymous said...

terima kasih kerana membincangkan topik ini...
ia menjadi rujukan saya yg kebingungan ini..

daunkuchai said...

insyaALLAH saya akan sambung lagi..cuma skrg saya berada di Malaysia...dan belum mempunyai talian internet tetap...

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t. , tumpang tanya , macam mana kalau darah haid 3bulan berturut2 tidak berhenti walau setengah hari , nk kira 15hari haid , 15hari istihadah selang2 mcm tu ke mcm mana ? =,='

moniq woon said...

Mcm ni..kalau la mcm tu, brp hari kah biasa nya tempoh period anda?..contohnya,tempoh period anda 7 hari..so pada bulan yg sentiasa ada darah tu,ambik 7 hari dalam sebulan contohnya dr 1-7 hb tiap2 bulan dikira haid..dan hari2 seterusnya dikira istihadah dan wajib bg awk utk solat+tidak membatalkan puasa..dan hukum nya harus jika menjamakkan waktu solat zohor+asar; maghrib+isha' utk mempermudahkan solat..atau alternatif lain,boleh lewatkan waktu zohor dan awalkan waktu asar dgn 1 kali wuduk.. Sila buat rujukan lagi tentang haid dan istihadah ;)

Anonymous said...

Salam. Tempoh suci haid saya adalah pendek iaitu tidak pernah/ jarang sampai 15 hari semenjak saya memakai alat perancang kehamilan, iaitu IUCD. Ianya sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Soalan saya ustaz, bolehkah saya mengikut mazhab maliki iaitu saya menganggap darah yang keluar walau tak sampai 15 hari adalah haid? Ini adalah kerana tanda2 haidnya sama seperti haid yang biasa, iaitu sakit senggugut, perubahan mood, warna darahnya sama dan banyak spt darah haid yg sebelum ini. Saya pernah cuba solat, tapi saya merasa tidak tenang sebab seolah2 saya ini menipu diri, sedangkan ianya memang haid. Mohon ustaz beri penjelasan sebab ianya betul-betul menyesakkan dada saya. Jazakallah...

DaunKuchai dan UmmuAhlaa said...

Salaam Puan..Sebenarnya kita tidak pernah dilarang untuk mengikut mana2 mazhab yang empat itu.Kerana keempat imam mazhab tersebut orang yg berkelayakan dan berkemampuan utk mengeluarkan hukum.Puan boleh mengikut mazhab maliki selagi mana puan tahu akan dalil dan hujjahnya.kerana bimbang akan menjadi fitnah dalam masyarakat skiranya puan tidak mempunyai dalil2 tersebut.wallahu a'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...