Perpustakaan University Ibn Tofayl |
Kes I
Khairul Amri bin Samujan (bukan nama sebenar) pelajar lepasan SPM. Resultnya cukup cemerlang dan mendapat straight A dalam semua subjek. Dari kecik mmg sudah bercita2 utk menyambung pelajarannya di negara2 Arab dan Morocco atau Maghribi menjadi pilihannya. Selepas keluar keputusan SPM beliau terus mengambil borang di KPTM dan menolak semua tawaran dari universiti2 lain kerana hatinya sudah yakin yg dia pasti akan ke Morocco berdasarkan kecemerlangannya dalam peperiksaan. Namun berita dari KPTM sungguh mendukacitakan.Permohonan adik Khairul Amri bin Samujan tidak berjaya...di manakah silapnya?
Kes II
Haji Darus bin Sulaiman (bukan nama sebenar) seorang pesara. Mempunyai anak gadis yg cantik dan cerdik. Anak gadisnya itu merupakan harapannya utk menjadi seorang ustazah atau penceramah bebas yg seperti Ustazah Bahiyah suatu hari nanti. Selepas keputusan SPM keluar ternyata anaknya seperti yg dijangkakan...menjadi pelajar terbaik di negerinya. Haji Darus bin Sulaiman terus menghantar anak gadisnya ke Pusat Kursus Bahasa Arab dengan menggunakan wang tabungannya sendiri. Bagi Haji Darus biarlah dia berkorban sedikit namun anaknya dapat pergi ke luar negeri.Dalam masa yg sama Haji Darus menghantar borang permohonan ke Morocco melalui KPTM . Selepas tamat kursus BA, Haji Darus dijanjikan yg anaknya pasti akan dapat sambung belajar di Morocco....Lantas Haji Darus menyembelih 3 ekor lembu sebagai kenduri doa selamat dan kesyukuran sebelum anak gadisnya menaiki kapal terbang....Tiba2 keputusan dari pihak KPTM menyatakan anaknya gagal mendapat tempat di mana2 universiti di Morocco...perkara ini sungguh menyedihkan Haji Darus..sampai sekarang Haji Darus tertanya2 di manakah silapnya?
Kes III
Ustaz Jamilul Qushairi (bukan nama sebenar) merupakan guru di salah sebuah sekolah di Malaya...Telah mempunyai ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama. Mendapat tawaran dari kerajaan Malaya utk menyambung belajar di peringkat Master di negara2 Arab. Beliau bercadang utk menyambung di Morocco memandangkan tidak ramai pelajar Melayu di sana...Beliau pun telah menghantar borang melalui KPTM...dalam masa yg sama mengisi surat cuti sambung belajar dari majikannya, membuat permohonan tukar sekolah utk anak2nya... memindahkan semua alat perabot ke rumah ibunya...semuanya dilakukan kerana berasa yakin yg permohonan beliau ke Morocco pasti berjaya. Setelah beberapa bulan, pihak dari KPTM menelefonnya mengatakan permohonan beliau gagal kerana kursus yg beliau pohon tidak ditawarkan oleh pihak universiti....Apakah ini puncanya yg sebenar?
Canselori Universiti Ibn Tofayl |
Apabila aku membaca cerita2 di atas..aku pun rasa terpanggil nak share beberapa tips bagi mereka yg nak sambung belajar di sini....Sebenarnya Morocco nih lain skit sistemnya dari negara2 Arab yg lain...yelaaaa diakan dekat Eropah...mungkin dia rasa kaedah yg diaorang pakai tu ikut cam france kot..hhahhhaha...Aku kesian bila dapat tahu ada orang yg betul2 minat utk datang ke sini, tetap gagal...Lagi pulak aku sedih bila dengar cerita ada yang taknak sangat datang ke sini, isi borang main2 je...last2 dapat..bila dapat diaorang tolak dan taknak datang!perghhhh yg nih lagi buat aku tension...tempat dia yg berjaya tu patut boleh bg kat orang yg betul2 nak datang...nih dah rugi satu kuota..
Sebenarnya Kerajaan Morocco hanya menawarkan 15 tempat je utk pelajar Melayu...bukan banyak sangat pun...Tapi atas usaha pihak kedutaan Malaysia di sini, kadang2 dapatla lebih..tp tu pun siap gaduh2 lagi dengan pihak wakalah(agensi yg meguruskan pelajar asing di Morocco) dan proses permohonan utk kesini biasanya akan melalui KPTM..kemudian pihak KPTM akan menghantar ke Kedutaan Malaysia di Morocco...kemudian wakil kedutaan ( biasanya En Omar..nih nama sebenar) akan menghantar borang ke pihak wakalah Maghribi...jadi pihak wakalah melalui Kementerian Ta'lim A'aly kat sini akan memproses borang2 seawal bulan ogos...Keputusan akan dimaklumkan dalam bulan Oktober biasanya...Manakala Master dan PHD dalam bulan Novermber...Jadi bagaimana utk kita memohon dan mengharapkan permohonan tersebut berjaya?
Di ruangan ini aku paparkan 3 kaedah yg boleh digunapakai sekiranya bersesuaian....Kaedah ini berdasarkan pengalaman pelajar2 di sini dan pemerhatian yg aku lakukan terhadap sosio budaya masyarakat Arab Maghribi nih...
Salah satu bangunan dalam Universiti |
Kaedah I: Ambil borang di KPTM....isi dan menghantarnya semula utuk diuruskan oleh pihak mereka dan menuggu jawapan selepas beberapa bulan. Kaedah inilah yg paling berisiko utk gagal kerana kita tidak tahu apa yg berlaku di Morocco..Kebetulan pulak Morocco nih jauh sangat dari Malaya..nak telefon pun mahal..jadi kita just tunggu...dan tunggu..dan tunggu...Kaedah ini jugak yg dipakai oleh penama2 yg gagal dalam 3 kes dia atas...hhahahhha....jadi aku tak berapa syorkan pakai kaedah ini...
Kaedah II: Ambil borang di KPTM..tp bukan satu tau! ambil 2 borang utk buat 2 permohonan. Satu dihantar ke pihak KPTM dan biarkan mereka uruskan seperti biasa...Borang yg kedua kita hantar sendiri ke mana2 kenalan kita yg berada di Morocco...Ingat mesti ada kenalan..dan kenalan tu seorang yg baik, beramanah dan boleh dipercayai...Tp jangan risau pelajar2 kat sini semuanya baik2 belaka...sopan santun..ensem2..cun2..kira sesuaila kalu terasa nak buat menantu! Melalui kenalan kita tu..dia akan hantar ke pihak kedutaan dan kita boleh merisik khabar pasal permohonan tersebut...dah sampai peringkat mana..adakah sudah sampai ke pihat wakalah atau belum...Pihak wakalah nih yg berkuasa besar utk meluluskan atau menggagalkan setiap permohonan...Jadi kalu permohonan kita bertindih jangan risau,sebab kenalan tersebut boleh uruskan...sekiranyan ada ura2 yg mengatakan kita gagal, kenalan kita bole terus menghubungi kita di Malaya..jadi kita bole bersedia lebih awal...Kaedah ini mempunyai peluang 50-50...
Kaedah III: Ambil borang di KTM dan terus terbang datang ke sini...maksudnya kena keluar belanja skitla...Nak datang tu bawakla segala dokumen2 yg patut...jangan datang buat cam nak melancong je..pastu terus jumpa mana2 pihak kedutaan dan nyatakan hasrat kita utk belajar di universiti mana dan dalam bidang apa...Arab Morocco nih akan kalah kalau kita buat ayat2 sedih...dan cakap kita datang dari jauh nak belajar agama...kalu boleh datang dalam bulan 8 sewaktu proses baru nak bermula di pihak wakalah...bila berada di sini banyak perkara yg boleh buat...mksudnya mengambil muwafaqah mabda'iyah dari pihak universiti...membuat surat permohonan tulisan tangan dan hantar directly ke pihak universiti...berjumpa dengan Raies Qisim...dan berbincang mata ke mata dengan beliau...masuk ke muqobalah bagi calon Master dan Phd...Biasanya kaedah ini paling berkesan dan berjaya...peratus kegagalan amat tipis..tp kalu gagal jugak tu maknanya takde rezekila...dan kehadiran kita lebih awal ke sini boleh dianggap sebagai makan2 angin jelah..huhuuhu...
Apa2 pun ALLAH sebenarnya penentu segala..dapat ke tak....so sebagai hambaNYA kita kena banyakkan berdoa dan bermunajat padanya...banyakkan bertawakkal...kalu boleh setiap 2/3 malam tu buat solat hajat...jangan buat maksiat...sebab maksiat boleh menyebabkan doa2 kita tak diterima...jangan over confident, belagak dan angkuh bila dah dengar2 macam nak dapat..sebab datang ke luar negara nih bukan satu kemegahan tp amanah dan tanggungjawab....Kalau betul2 dapat kena bersyukur dan tak buangkan masa bila datang ke sini..belajar rajin2...bersungguh...jangan buat benda2 yg tak berfaedah...sebab manusia nih bila dalam kesempitan masa tulah baru nak inga YANG MAHA ESA..tp bila dah senang mulalah nak buat perangai...jadi bagi mereka di luar sana cubala kaedah2 yg di paparkan...kalu berjaya Alhamdulillah...tp kalu tak..bersabor jelah..mungkin rezeki anda di tempat lainnn....
21 comments:
salam ya ustaz,adakah pihak kptm masih mengeluarkan borang sekarang ni kalau kita pergi ke kptm ambil borang dan terus terbang ke sana...ana tidak ada kenalan di sana...adkah sahabat2 yang lain ana boleh contact untuk ana pergi kesana.
salam ibnu qamar..maaf lewat balas msg enta..ana ke rabat beberapa hari lepas....
berdasarkan pengalaman ana...masih lagi...sebab ana dulu amik borang dalam tarikh2 macam skrg nih..tp borang kena hantar jugak melalui KPTM...cuma seperti yg ana katakan...enta amik satu salinan utk dibawa terbang ke sini...enta jangan risau utk terbang ke sini..sebab rasanya ramai yg akan membantu enta bila dah ada kat sini..wallhu a'lam...
salam alaik yaa ustaz..
ana pelajar lepasan spm 2011..berhajat ingin mlnjutkn pljrn ke morocco..dlm bidang syariaah / fiqh..bgaimana proses nya ustaz...mohon penjelasan..syukran jiddan ustaz..
salam alaikk....maaf ana lambat reply message enta...sekiranya saudar berminat..saudara boleh ambik borang di KPTM..biasanya borang akan keluar selepas result SPM keluar...tp kalu anda anak jati terengganu selangor atau n sembilan, rasanya pihak negeri ada menguruskan pelajar ke morocco...cuba saudara rujuk kepada jabatan agama negeri masing2...wallahu a'lam
salam alaik ustaz ~
ana nk tanya la. mcm ana ni, ana amek STAM tahun 2011 &
> adakah uni kt morocco amek kira/x result STAM ana tu?
> ana masih berpeluang ke x nk apply uni kt morocco kalau pakai result spm 2010?
>kuota utk pljr mesia ke morocco masih sama ke utk tahun 2012? *iaitu 15 org sbgaimana yg ana bca dlm entry ni.
sgala jasa baik ustaz amat dihargai. jazakallahu khair.
salaam alaikkk...
-university di morocco tak amik kira result stam..mereka hanya menggunapakai result spm..
-agak sukar utk saudara apply ke morocco dengan menggunakan result 2010..sebab setiap borang kita akan melalui kedutaan malaysia..dan pihak kedutaan akan melayan calon yg menggunakan result semasa..
- iya kuota masih sama..dan kekadang ada penambahan sekiranya kuota negara lain tidak dipenuhi...wallahu a'lam...
salam..kalau saya nak sambung di morocco tapi pakai result diploma saya boleh tak? masa diploma saya amik bidang Undang-undang dan syariah..result spm saya teruk sikit tapi result diploma saya ok..macam mana ye? -atiqah
Salaam Saudari Atiqah...
Biasanya Pihak kerajaan Morocco hanya mengikut apa yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia...Setakat ini KPTM hanya menawarkan pelajar lepasan SPM utk ke sana.Maknanya saudari tetap juga kana memohon menggunakan SPM.Dan kalu saudari betuil2 berminat..saudari bole terus ke Morocco dan membuat permohonan di sana terus melalui kerajaan morocco...wallahu a'lam
salam....saya pelajar spm 2012...kalau sy nk pki cre kdue...bley x nk mnx tlg knalkn sy dgn sorg knalan yg beljr kt sne...lpstu bagaimane dgn biasiswa...spnjg beljr di sne...ade x pluang biasiswa??kalau nk biaya sndri mmg tidk mmpu..trime ksih...
Assalamualaikum wr.wb, mcm mana nk contact dgn anta? fb ada?
waalaikum salam warahmatullah...fb saya Daun Kuchai....bg anony feb 6: bole saya akan kenalkan saudara dengan exco persatuan di sana...insyaallah..dan kerajaan maroc ada sediakan biasiswa bagi mereka yang layak...tp tak semua yang dapat wallahu a'lam
Assalamualaikum, saya pelajar SPM 2012. In shaa Allah hujung bulan ni keluar result spm, maaf kalau saya jahil. Bolehkah saya sambung belajar Diploma di morocco dgn menggunakan result spm yg takda asas bahasa arab. Boleh bantu? Terima kasih atas pencerahan anda. Assalamualaikum :) -Muhammad Haziq
assalamualaikum,
ustaz, saya ingin minta haluan/pendapat. Saya sudah mempunyai sarjana muda pengurusan dan diploma kejuruteraan mekanikal. tiada asas arab.
sayang ingin mengambil bahasa arab di Morocco.
boleh minta pendapat?
waalaikum salaam....setakat ini kerajaan morocco belum lagi menerima mana2 permohonan dari calon yg ingin membuat diploma.semuanya utk first degree...
manakala bagi anony 12:25...anda bole saja mengambil kursus bahasa arab di sana..tetapi ianya dikendalikan oleh badan2 persendirian dan dikenakan yuran...wallahu a'lam
salam ust, saya betul2 ingin sambung blajar di morocco dalam bidang degree pengajian islam. tapi kalau ikut kelayakan mmg saya tak layak utk apply melalui kptm sbb kelayakkan nya result spm terkini dan saya punya result adalah spm 2007 dan tiada bahasa arab. walaupubegitu saya telah mendaftar utk membuat kertas spm bahasa arab tahun 2013 supaya mana tau dapat digunakan utk apply ke sana dengan result spm yg di isu baru. jadi saya ingin bertanya boleh ke saya apply utk belajar ke sana dgn result : (spm 2007 dan bahasa arab 2013) dan saya sanggup guna cara yg ke 3(pegi morocco terus) dan merayu utk masuk kerana saya betul2 ingin belajar di sana. harap ust dpt bantu kemusykilan saya. t.kasih banyak. ini email saya : ismadiramli25@gmail.com
Assalamualaikum ustaz... ana ingin tanya ada tak diploma bahasa arab di sana? Untuk pengetahuan ustaz ana adalah lepasan UM , dan ada basic Bahasa Arab ,,,, lepas 2 tahun grad, rasa nak merantau dan dahagakan Bahasa ini .... ini emel saya fatahkayara@gmail.com .,, dan facebook saya , fatah ismail .... syukran wasalm
salam. nk taya, yg buat kaedah ketiga tu, mmg amek borang semata bg kat sana ke? ke ada hntr kptm, pstu ada yg bwk gi morocco?
jzkk in advance in utk reply :)
salam ustad, boleh ke kalau sy nak hantar anak sy ke moroco utk belajar bahasa arab sementara menunggu result SPM..dan bila keluar result SPM terus apply masuk ke universiti di sana.
ustad, bagaimana nak contack ustad kalau mahu ke sana..email saya annisabeauty72@gmail.com
Post a Comment