Friday, June 10, 2011

Pengalaman Bersalin C-zer

Masa mengandungkan Ahlaa dulu kandunganku didapati songsang sejak dari 5 bulan lagi. Tapi doktor yg merawatku ketika itu tidak bagi aku terlalu risau sbb masih terlalu awal dan baby masih boleh berpusing ke kedudukan yg sepatutnya. Tapi ketika kandunganku masuk 8 bulan keadaan masih sama dan doktor sepakat nk wat pembedahan kalau didapati kedudukan kandungan masih tidak berubah sampai waktu yg ditetapkan. Ternyata aku ditakdirkan bersalin secara pembedahan (caesarean).

Aku diberikan surat oleh doktor klinik (tempat aku melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan) utk melakukan pemeriksaan menyeluruh kt hospital oleh doktor pakar, doktor Siti Roslimah binti Takiman (bukan nama sebenar). Doktor Siti memberitahuku terdapat 3 kaedah yg di cadangkan bagi kelahiran baby songsang ni tapi masing2 ada risikonya tersendiri.

Antara kaedah yg dicadangkan :
Bersalin secara songsang iaitu kaki baby keluar dahulu. Cara ni tdk digalakkan sgt kerana aku mengandung anak sulung, jd takde jalan lagi atau laluan baby nk keluar masih sempit. Risikonya takut bahu baby tersangkut dan patah.

ECV (External Cephalic Version) ialah satu kaedah yang digunakan untuk memusingkan kedudukan bayi yang songsang pada kedudukan yang sepatutnya supaya boleh bersalin normal. ECV hanya boleh dibuat pada kandungan songsang yang tidak mempunyai komplikasi. ECV hanya boleh dilakukan oleh senior doktor dalam bidang O&G yang bertauliah sahaja, dibantu oleh beberapa peralatan dan sepatutnya dibuat di hospital yang mempunyai kelengkapan/persediaan pembedahan caesarean (jika perkara tidak diingini berlaku). Peratus  berkesan cuma 50-50. Risikonya boleh menyebabkan baby terbelit dengan tali pusatnya sendiri, rahim pecah dan lain2 kesan sampingan. In case terjadi kejadian yg tdk di ingini, doktor akan melakukan emergency operation (c-zer). Aku dan DaunKuchai sepakat memilih kaedah yg agak berisiko ni sbb mahu bersalin secara normal. Kami hanya berserah dan bertawakal kpd ALLAH. Kaedah ini tdk berkesan kpd ku sbb baby terlalu besar dan air ketuban kurang. Alhamdulillah krn tdk ada perkara yg tdk diingini berlaku. 

Caesarean (bedah). Ini adalah kaedah terakhir yg dicadangkan.

Selepas melakukan ECV, doktor Siti menetapkan tarikh utk aku bersalin c-zer. Doktor Siti bg tarikh 24 Oktober 2008 dan nk tahan aku kt wad terus sbb masa aku dtg tu 22 haribulan. Kiranya senang nk wt pemantauan kot. Aku terkejut dan takut sbb takde persediaan lg dr segi mental dan fizikal. Sbb dlm kepala otak ni dok igt 31 haribulan br bersalin. Yela, kalau ikut tarikh due date aku dijangka bersalin pd 31 Oktober. Aku pun minta izin kt doktor Siti nk keluar kejap berbincang. Sampai je kt tempat parking kete aku terus je nangis teresak-esak. Sebak beb sbb takde dlm senarai idop aku nk bersalin c-zer ni. Sambil2 tu aku pun tepon ma beritahu hal ni, ma terkejut dan suruh aku balik dulu. Kata ma biar cuba cara kampung dulu, berurut dan wt air...Aku ckp kt DaunKuchai nk balik lantas DaunKuchai terus bersetuju. Dia pun kalau boleh taknak gak aku c-zer ni. Yela, kami rancang nk anak ramai. Kalau boleh satu pasukan bola sepak,hehe. Larat ke...Kami pun masuk semula dlm hospital dan berjumpa doktor Siti. DaunKuchai pun wt helah ckp beg pakaian hospital tak letak dlm kete lagi lagipun umah jauh nk pegi patah balik ambil semula susah plak. Doktor Siti percaya dan bagi tarikh lain iaitu 27 haribulan. 

Aku yg tak puas ati lantas ckp kt doktor Siti yg aku nk tunggu sampai tarikh due date, ari merdeka. Doktor Siti pun wt lawak ngn aku, kata doktor Siti mereka tak boleh tunggu sampai tarikh due date sbb waktu tu semua doktor bercuti. Nk sambut merdeka. Peliknya aku boleh percaya plak ngn kata2 doktor Siti. Tak terfikir sgt kot sbb masa tu dok igt nk selamat bersalin je. Aku pun  terus bersetuju je dgn tarikh yg ditetapkan. Aku bukan nk tunggu tarikh 31 haribulan tu sbb nk sama ngn ari merdeka, aku cuma berharap masa tu satu keajaiban akan berlaku dan aku dapat la bersalin secara normal. Yela, mak mentua aku ckp biasanya kalau dh nk bersalin betol2 ni automatik baby akan berpusing dgn sendirinya ke kedudukan yg betol.  Aku pun berharap keadaan seperti itu akan berlaku kpd diriku. Nampaknya tak boleh la aku nk tunggu... Takpela,yg penting aku dpt bersalin dgn mudah dan selamat dan baby ku ok.

26/08
Lepas solat subuh aku pun siap2 nk ke hospital... Jarak dr umah ke hospital lebih kurang 2 jam. Aku diminta oleh doktor Siti utk sampai ke hospital tepat jam 9pg... Lebih kurang pukul 9.45pg br la kami sampai. Biasa la jammed sket... Lepas hantar aku, makan2 dan sembang2 sket DaunKuchai pun balik ke umah mak saudaranya sbb dkt sket nk dtg melawat aku esok. Jarak dr umah mak saudara  DaunKuchai ngan hospital lebih kurang setengah jam. Tak lama lepas DaunKuchai blk beberapa nurse pelatih dtg kpd ku dan melakukan beberapa pemeriksaan rutin. Pada malam arinya plak doktor Siti dtg utk wt pemeriksaan yg sama, pastu doktor Siti suruh aku pose start pukul 10mlm sbb pukul 10pg esok aku akan dibedah...huhu. Kecut perut aku mendengarnya...

27/08
Lepas solat subuh seorang nurse dtg dan menyuruh aku mandi dan salin pakaian khas utk dibedah nnt... Aku mengikut... Lepas siap mandi tu aku lepak2 ats katil jp sambil baring2 sbb tak tau nk wt ape... DaunKuchai lak nk dtg pukul 8pg nnt...Adoi,terasa lmbt betol jam ni bergerak... Kalau ada DaunKuchai boleh la dia wt lawak sket utk hilangkan ketakutan aku ni... Beberapa jam berlalu, 4 org nurse dtg ke katil aku utk wt pemeriksaan yg terakhir sebelum menyuruh aku naik keatas sebuah katil yg disediakan utk ditolak masuk kedalam bilik OT (operation theater). Sebelum tu aku sempat meminta maaf ngan DaunKuchai dan mintak dia berdoa supaya aku selamat. Masa tu terasa cm syahdu sgt... Rasa cm nk pegi berjihad je... Aku lihat DaunKuchai tenang je,mungkin taknak aku takut2 kot...

Masa kt bilik OT tu aku diberikan ubat bius. Doktor suntik kt tulang belakang aku. Masa tu takde rasa sakit2 dh sbb takut sgt... menggigil je badan aku ni. Aku dibius separuh badan je, maknanya aku masih dpt melihat dan mendengar apa yg doktor dan nurse2 tu akan buat nnt. Sabor jela.... Operasi bedah-membedah ni dilakukan dlm keadaan yg santai sambil doktor dan beberapa org nurse ni sembang2... Aku dh cuak dh sbb takut diaorang wt silap, yela santai sgt nmpk gayanya... Tak lama kemudian tu aku terasa badan aku seperti ditarik-tarik... Rupa2nya diaorang tgh tarik baby ku... Serius, bergoyang-goyang badan aku masa tu... Lepas tu terdengar satu tangisan yg ditunggu-tunggu, baby ku menangis dgn nyaringnya... Seorang nurse pun datang dan menunjukkan baby ku... Baby girl, seperti yg dijangka... Menitis air mata keibuanku masa tu,rasa cm tak percaya je dh jd seorang ibu... 

Lepas tu doktor pun jahit semula perut aku ni sementara 2 org nurse plak membersihkan baby ku... Lepas siap semua tu aku diletakkan di dalam bilik pemantauan utk beberapa ketika sebelum 3 org nurse tolak aku keluar menuju ke katil tempat aku ditempatkan. Aku nampak DaunKuchai, ma dan abah ada bersama... Mereka tersenyum memandang kearahku... DaunKuchai spontan dtg dan mencium dahiku sambil mengucapkan terima kasih sbb cekal dan tabah melahirkan zuriatnya... Waaa, touching betol rasa  masa tu... Tak lama lepas tu baby ku pula dibawa masuk dan diletakkan di dalam sebuah bekas kaca... DaunKuchai memangku baby kami sambil menciumnya berkali-kali... Terpancar jelas diwajahnya sifat seorang ayah... Sekarang ni baby kami tu dh besar... Umurnya pun dh mencapai 3 tahun dan insyaALLAH akan jd seorang kakak plak... Kami menamakan anak kesayangan kami tu dgn nama Wardatul Ahlaa (bunga yg paling cantik). Semoga Ahlaa menjadi seorang anak yg cantik budi pekertinya...cantik akhlaknya...manis tingkah lakunya dan harum disenangi ramai... Ameen Ya RABBAL A'ALAMEEN... 

Ahlaa beberapa jam selepas dilahirkan

Gambar Ahlaa sekarang

9 comments:

Udy said...

comelnye ahla waktu kecik .

mcm ammu ubaid .

=_=


anyway kak anis , nanti remove la word verification tuh . kemudian komen ni wt kan pop up window , nanti senang org nak komen .

mata saye kelabu tgk word verification tuh .

-_-'

DaunKuchai dan UmmuAhlaa said...

haha,tq...nnt akak cek semula...akak pn br nk blajo2 ni...

Anonymous said...

Touching plak baca entry ni..lagi2 saat kat bilik bedah tu coz sy pun bakal dibedah oktober ni anak pertama.moga2 segalanya berjalan lancar dan selamat..amin.

DaunKuchai dan UmmuAhlaa said...

Salaam..memang touching...apatah kalu kat luar negara...parents semuanya jauh..yang ada hanya suami tercinta di sisi...Saya doakan puan akan selamat dan dipermudahkan ALLAH ketika menghadapi saat itu..AMEEN YA RABBAL ALAMIN

Unknown said...

sy pun bersalin czer..apapun..sedap sgt nama wardatul ahlaa..

Unknown said...

salam kak touching sangat sy membaca akak punya post. Ni semua dugaan dan takdir Allah. Sy sekarang mengandung anak kedua. Dan bakal bersalin Insya April ini. Baru-baru ni sy scan kali kedua sebab kerajaan tak scan dengan alasan kandungan sy ok tiada masalah. Sy masih ragu-ragu, sy pergi scan di klinik swasta. Keraguan sy memang tak disangkal lagi. Doktor swasta kata anak sy songsang. Kepala ke atas kaki ke bawah. mengucap panjang sy.Ketika itu kandungan sy 30 minggu. Luluh jangtung sy. sy tanya dengan doktor adakah dia boleh pusing balik. So kemungkinan boleh. Walau pun doktor berkata bergitu tapi hati saya hanya Allah jer yang tau. Saya maklum pada ibu sy. macam-macam cara dia suruh sy buat, urut, dan buat air... Tapi sy sekarang hny tawakal pada Allah. Klau urut sy takut Anak dalam kandungan. Sy sekarnag berdoa pada Allah. setiap kali solat, supaya anak sy pusing dan mudahkan sy bersalin... sy harap dapat cekal hati, jika ia takdir sy bersalin secara pembedahan, sy reda... Cuma mengharapkan anak sy sihat, dan dapat lahir dengan selamat.

Anonymous said...

I loved as much as уou'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored material stylish. nonetheless, you command get bought an impatience over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again as exactly the same nearly very often inside case you shield this hike.

Feel free to visit my page ... best plumbers birmingham

Anonymous said...

comelnye ahlaa

Anonymous said...

ni ke pakwe saya time kecik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...