Sunday, September 30, 2012

Hari Ini 30 September....

Hari ini merupakan hari terakhir bulan September...Tanpa aku sedar dah dekat setahun aku dok kat Malaya nih.Itu maknanya aku,bini dan anak2 dak meninggalkan bumi Kenitra juga dah setahun lebih...sebab masa balik tahun  lepas tu, umur Marwa baru 24 hari...fuhhh rasa baru je 3,4 malam lepas aku bermimpi makan harsyah  ngan fromage kat mahlabah Abdullah sebelum aku bergerak menuju Jamiah utk meneruskan kehidupan sebagai pelajar tua...hahaha! 

Inilah Harsyah yang menjadi pujaan hatiku


Dan bila aku balik sini banyak benda yang aku lalui...Kebetulan aku ditugaskan semula kat sebuah tempat yang jauh dan asing dengan tempat aku membesar dan belajar..jauh dari sedara mara dan sahabat andai...mujur aku ngam ngan bebudak ijazah masa kat maroc dulu...Bebudak nih yang ramai yang menetap kat sini...merekalah yg selalu menziarahi kami dan pengubat rindu kami kalau teringat daerah Kenitra yang dah kami tinggalkan berjuta batu...

Ahlaa dah makin membesar....selalu tanya pasal duk-duk dia(kereta mainan)...dan himawari( bear busuk dia)...tahun depan katanya nak masuk sekolah..aku dah booking pun sekolah kat dia...nak tengok dia menangis tak first day dia kat sekolah nanti.Kata mak aku...masa aku dihantar masuk sekolah dulu...aku siap suruh ayah ngan mak balik cepat...sebab aku dah tak sabar nak masuk kelas...mak ngan ayah macam tak confident je aku boleh survive dan tak dibuli oleh bebudak lain...sebab saiz badan aku yang tak nampak ganas dan berketul-ketul macam The Rock...Kata mak:" Nanti hang kena terajang macamana..?" Hahaha..itu cite tahun 1982!

Duk-duk Ahlaa takla sport camnih...huhu


Marwa pun dah pandai respons bila aku main2 ngan dia...tu semua hadiah yg tak ternilai dalam hidup aku...Fe'el dia yang paling aku syok dan seronok bila time aku balik kerja..Marwalah orang pertama yg muncul di muka pintu dan menghulurkan kunci rumah pada aku...kemudian dia akan berlari ke arah aku dan minta didukungkan...aku pasti akan mendukungnya untuk seketika!arghhhh betapa manisnya kalu hidup terus dihiasi dengan sejuta keindahan seperti ini...Aku pun tak sabar nak tengok dia pandai bercakap seperti Ahlaa...Kalu sekarang Marwa baru boleh mengangguk bila ditanya...mgkn 2,3 bulan lagi dia dah bole sebut beberapa kalimat...

Tengah pening apa soalan yang nak keluar


Esok merupakan hari pertama bulan Oktober. Bulan exam bagi bebudak sekolah...dan bulan kedua terakhir sebelum cuti akhir tahun bermula...bebudak SPM ngan STPM tengah sesak prepare nak masuk exam...Perdana Menteri dah selesai bentangkan bajet. Ahli2 parlimen dah mula mencongak bila pilihanraya nak diadakan...Makcik2 felda ada yang gembira dengan pembentangan bajet...Dan aku..?? Macam biasa...gaji tak naik2 lagi setakat ini...kerja masih macam sebelum aku berangkat ke marocco...kepala sesak ngan 2,3 problem duniawi...Tanggungjawab dan tugas yang makin menimbun...rehat yang tak berapa cukup..terkejar ke sana dan ke sini....Dan pastinya aku akan terus berdoa agar akan ada sinar menjelang awal Januari 2013...Umur makin bertambah..dan patutnya kematangan pun bertambah juga!!!!arghhhhhh....Sabar itu manis...Dan sabarlah wahai Daun Kuchai!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...