Tuesday, August 9, 2011

Suatu hari di bulan Ramadhan....

Bersempena Ramadhan nih...banyak kenangan manis dan pahit yg tak mampu aku lupakan...Maklumlah aku kan anak jantan...selalu ke hulu ke hilir mengisi masa lapang....selalu melakukan aktiviti yg kadang2 cukup menusuk kalbu..dan antara kenangan yg masih berbisa di ruang ingatan ini ialah ketika aku form 3..masa sekolah menengah...masa muda remaja lagi!!hhahha...

Masa tu aku kat TAHAP, dan sekolah kami mewajibkan semua pelajar duduk asrama...so puasa aku dari form 1 sampai form 5 banyak kat asramalah bersama rakan2 dan senior2...Sesiapa yg pernah lepak kat asrama sure tau sangat rutin dan apa jenis makanan yg disediakan utk berbuka...dalam seminggu tu ada hari makan sedap..ada hari makan tak sedap....level ketidaksedapan itu, kadang2 sampai aku sanggup tak berbuka lah..huhuu...dan yg paling aku tak tahan sekali...kami sure akan berjumpa ngan lauk 'ikan jaket'...hidangan yg cukup menyelerakan...




Jadi pada suatu hari itu ( aku tak ingat hari apa ) cuma yg pasti ianya berlaku pada tahun 1991....aku ngan beberapa geng yg dah tak tahan makan ikan jaket, planning utk cari lauk berbuka kat bazar ramadhan...maknanya dekat luar asrama dan kami kena keluar curi supaya tak kantoi ngan warden....sebab warden kami nih, bila je minta izin nak keluar, kami akan disoal dengan pelbagai soalan antaranya: sebab apa nak keluar?... kenapa nak keluar?....tak boleh ke tunggu hari outing? dan macam2 lagilah....so,takkan nak bg alasan tak lalu makan kottt....ada yg kena tenyeh kat kepala karang....

Ngam2 lepas zuhur, bila semua orang sibuk basuh baju dan berjalan mundar mandir tak tentu arah, kami menyusup ke belakang asrama.... laluan biasa bg mereka yg ingin keluar curi menuju ke bandar Jerantut...Nak keluar curi nih takleh ajak ramai2...kang ada yg bocor rahsia...kalu dah bocor macam2 bole jadi...abang2 senior yg perasan 'taiko' atau 'kapla' pulak, masa nihlah dia nak belasah...dengan alasan mendidik...(macamlah diaorang tu dah betol2 terdidik..sampai bersungguh benar nak didik orang..hhahaa)




Elok je kami menuju ke arah pintu pagar belakang asrama, tiba2 kami disergah dari tepi dengan kuat...:" Hah! korang nak gi mana tu...?"...apalagi terkejut khinzir kami...rupa2nya yg menyergah kami itu ialah abang form 5, salah sorang 'taiko' asrama yg cukup digeruni...kejahatan dan keperkasaannya memang tiada tolok banding...sebut je nama dia semua adik form 1 terkencing...aku pulak memang dah masak ngan perangai dia...asal ada mana2 budak yg kantoi buat kesalahan asrama dialah yg pertama sekali akan bg hukuman...walaupun kesalahan tu kecik je, macam tak bagi salam kat abang senior bila berjumpa...hukuman dia paling kurang penampar!

So aku dah rasa yg kami semua akan makan penampar free dia petang ramadhan yg mulia nih...paling minima pun aku agak mungkin 3 kali!!tulah nak cari sangat lauk sedap utk berbuka, tengok sekarang apa dah jadi...Tapi dengan tak semena-mena dia bercakap lembut ngan kami....:" Oohhh..nak cari lauk ye..." kata dia... Kami pun mula relaks dan tenang...pastu dia sambung cakap lagi..:" kalau korang nak keluar boleh...tp ada satu syarat...korang kena belanja abang murtabak special satu..." Kemudian aku pun jawab..:" Tapi abang sekarang kann baru lepas zohor, kalu beli murtabak awal2 nanti nak berbuka dah sejuk..mana sedap bang!



Brader senior tu jawab balik..:" Sapa kata abang nak murtabak tu utk berbuka...?"...kami pelik dan terus bertanya:" ehhh abang tak pose ke hari nih...?" Terus dia tergelak besar dan dengan yakin bagitau..." Korang tengok nih...!" sambil jari telunjuknya mengorek lubang idung dia dengan sengaja...dahla lubang idung dia tu agak besarr...memang jelasla yg dia sengaja nak batalkan puasa... pastu dia terus lari dan masuk menyusup ke dalam semak berhampiran asrama kami....rupa2nya itu memang tempat 'pot' brader2 senior yg nakal utk mengkedarah di siang ramadhan!..

Hampehh betoi diaorang nih...bukan je langgar peraturan asrama..tp langgar perintah ALLAH sekali...Aku and the gang pulak memang takde niat nak tiru perangai diaorang tu, kami cuma nak cari lauk je...yg daorang plak siap ada khemah dan bangsal baikkk punya utk buat projek...yg aku tak tahan sekali brader tu siap bgi takzkirah lagi sebelum sebelum blah..supaya kami jangan keluar curilah...jangan langgar peraturan sekolah lah...kena taat pada warden dan guru2 lah...bila siap tazkirah terus sengih2 dan ulang pesanan supaya hantar 'murtabak special' dia tu kat 'pot' yg dia dah tunjuk kat kami dengan kadar yg segera!hantuu betoiii...kah kah kah....

Saturday, August 6, 2011

Hukum darah haid dan istihadhah...(1)

Bercerita pasal darah2 kaum wanita ini sebenarnya membuatkan aku serba salah...yelah aku bukannya perempuan, bukan juga seorang 'mak nyah' yg terhegeh2 nak transform jadi seorang perempuan yg ayu dan penuh lemah lembut...ala2 'wanita melayu timur sejati' gitu.....cuma aku rasa, sebagai seorang lelaki kita kena juga amik tau serba sedikit tentang perkara ini agar dapat menghilangkan segala kekeliruan yg wujud...apatah lagi suatu hari nanti kita akan bergelar suami dan selepas itu menjadi bapa kepada anak2 perempuan kita...sekurang2nya isteri-isteri(kalau kawin ramaila) dan anak2 kita bole jugak tanya dan merujuk pada si ayah kalau mereka tak tau dan confuse dengan masalah haid atau istihadhah ini...

Berdasarkan karangan Imam Ibnu Rusyd rahimahumullah dalam kitabnya "Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid" wafat 595 H, para ulama berselisih  pendapat berkaitan tempoh maksimum dan minimum bagi wanita yang didatangi haid. Bagi Imam Malik dan Imam Syafie tempoh maksimum 15 hari. Manakala Imam Abu Hanifah pula berpendapat, paling lama seorang wanita mengalami haid ialah 10 hari


Camtu jugak tempoh minimum bagi darah haid. Ianya berbeza berdasarkan pandangan ulama2 mujtahidin ini. Imam Malik menyatakan tiada tempoh minimum bagi darah haid...maknanya seorang perempuan boleh didatangi haid walaupun 'sekali keluar' atau dalam tempoh yg sekejap. Tetapi Imam Malik tidak memasukkan tempoh yg 'sekali keluar' itu di dalam kiraan 3 kali Quru' untuk iddah perempuan yg diceraikan suaminya. Manakala Imam Syafie berpendapat tempoh minimum   utk haid ialah satu hari satu malam dan Imam Abu Hanifah pula mengatakan tempohnya adalah 3 hari. 

Kalau tadi kita bincang pasal tempoh minimum haid, sekarang kita tengok pula tempoh minimum suci bagi seorang wanita. Terdapat riwayat yg berbagai dari Imam Malik berkaitan hari2 suci bagi seorang wanita. Ada pendapat mengatakan tempohnya ialah 10 hari, ada riwayat yg lain pula menyebut hanya sekadar 8 hari. Ada juga riwayat dari Imam Malik yg mengatakan tempoh minimum suci itu ialah 15 hari. Kesimpulannya dalam mazhab maliki terdapat 3 pendapat yg berbeza berkaitan hari minimum suci utk seorang wanita.

Bagi Imam Syafie tempoh minimum suci seorang wanita adalah 15 hari...Begitu juga pandangan ulama2 Baghdad. Manakala Imam Abu Hanifah dikatakan berpandangan sebanyak 17 hari. Dan itulah tempoh suci paling banyak  berdasarkan Ijmak Ulama menurut Imam Ibnu Rusd.Manakala tempoh maksimum suci bagi seorang wanita adalah tiada had! Maksudnya seorang wanita boleh berada dalam keadaan suci selama makna dia tidak didatangi darah kotor ini...sebab keadaan seorang wanita dengan wanita yg lain adalah berbeza berdasarkan faktor kesihatan dan gaya hidup yg diamalkan. 

Dan Imam Malik membahagikan perempuan haid itu kepada dua: 1) Perempuan yg pertama kali mengalami haid...2) Perempuan yg dah biasa mengalami haid...Menurut beliau, perempuan yg baru pertama kali didatangi haid wajib meninggalkan solat sebaik saja mendapati ada darah pada dirinya sehinggalah cukup 15 hari, sekiranya darah itu tidak berhenti selepas 15 hari, maka dia wajib mandi serta sembahyang dan darahnya itu dianggap darah istihadhah. Begitu juga pendapat Imam Syafie....cuma Imam Malik berpendapat seorang perempuan itu wajib solat apabila  dia berasa yakin yg darah yang keluar itu adalah darah penyakit atau istihadhah.

Bagi Imam Syafie pula, apabila perempuan itu yakin yg darahnya bukan darah haid, dia wajib mengulangi semua solat yg ditinggalkan sejak hari kedua darah itu keluar...sebab mula2 dia ingat darah yg keluar itu adalah haid..rupa2nya darah istihadhah...jadi kenalah dia qada' semua sembahyang tersebut.... Kenapa dikira pada hari kedua..? sebab bagi Imam Syafie tempoh minimum haid ialah satu hari satu malam...maknanya tempoh 24 jam yg mula2 itu dianggap darah haid...

Sebenarnya panjang lg tajuk ini kalu nak dibincangkan...jadi elok kalau aku sambung pada sesi yg akan datang, memandangkan sekarang ini waktu dah hampir berbuka...aku pulak skrg nih dah jadi full timer suri rumahtangga...kenala masak sendiri!!...hahhaha...oklah nanti aku sambung lagi bab nih sampai habis agar kita para2 suami dan isteri serta anak2 dapat faham insyaALLAH...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan di Morocco

Hari ini merupakan 1 Ramadhan atau hari pertama puasa bagi tahun 1432 Hijriyyah bersamaan 2 Ogos 2011 Masihiyyah. Aku masih di sini...menikmati bulan puasa di rantau orang seperti tahun2 sebelumnya...Ya mgkn aku sudah biasa berpuasa jauh dari keluarga tercinta, namun sesekali terselit juga rasa rindu utk sama2 menjamah kuih-muih dari air tangan bonda tersayang...atau setidaknya bersama rakan2 menyusuri bazar ramadhan yg penuh warna warni...arghhh itu di malaysia...bayangkanlah tahun ini merupakan kali ke 12 aku berpuasa jauh dari ibu dan sanak saudara...mujurlah aku sekarang sudah beristeri dan mempunyai anak...kalau tak..mau jugak mati kutu termanggu sorang2 menanti azan maghrib sebagai petanda waktu berbuka...

Menyambut Ramadhan di Morocco nih, memang satu pengalaman yg cukup menarik...banyak kelainan dan perbezaan yg aku tengok, kalu nak dibandingkan dengan negara2 yg pernah aku lewati...sejak dari hari pertama lagi masjid akan penuh dan masyarakat sini akan bersolat di masjid secara berjemaah..bukan utk terawih je tau, tp hampir semua waktu keadaannya begitu...aku memang cukup respect bila pertama kali tengok diaorang nih solat sampai melimpah keluar masjid...(nih based pada wilayah kenitra dan masjid lalla khadija je...tempat lain aku tak tau..huhuhu!!) kagum aku, sebab kalau di malaya yg penuhnya mgkn ketika solat terawih, manakala solat 5 waktu yg lain keadaannya sama macam bulan tak puasa...

Nih gambar hiasan je...
Kemudian masa nihla kita akan jumpa berbagai ragam orang yg datang solat terawih..kadang2 nak tergelak pun ada bila aku ternampak seorang brader tuh solat dengan seluar pendek lebih skit dari lutut dan memakai rantai leher...kalau budak2 yg sekolah rendah pulak, ada yg pakai seluar nampak lutut terus..mgkn mazhab diaorang benarkan kot bersolat dengan pakaian camtu...kalau kita di malaya, nak gi solat sure pakai baju melayu ngan kain pelikat...pastu pakai kopiah..nampak comel je...kat sini...semua jenis pakaian ada...jersi bola, baju ada gambar rocker, baju gambar che guevara....baju takde lengan...semua bole jumpa...tp aku kagum sebab semangat orang2 sini menyambut bulan pose yg mulia nih..memang nampak benar bezanya ngan bulan2 tak pose...

Dan diaorang solat terawih pulak tak semestinya 8 rakaat atau 20 rakaat...ada setengah tu buat 2 rakaat je pastu blah..mgkn sakit perut nak ke tandas kot..hhahha...ada pulak yg buat 4 rakaat...dan ada jugak yg buat 6 rakaat..yg penting buat...di situlah agaknya rahsia bebudak muda sini akan hadir berterawih sampai akhir bulan ramadhan...kalau kita kat malaya, minggu pertama penuh masjid, bila masuk minggu kedua dah tinggal separuh..bila masuk minggu2 akhir hanya pak2 aji dan yg dah vateran je yg stay, geng2 muda dah tak tau pi mana...kat sini 10 malam terakhir tu lagi ramai...semua datang...yg tua..yg muda..yg kecik..yg gemuk semua ada especially malam 27 ramadhan...
Dan inilah yg membuat aku seronok berpuasa di sini walaupun jauh dari tanah air tercinta..mgkn ini adalah kali terakhir aku menyambut puasa dan raya di bumi morocco nih...pastinya aku akan merindui saat2 berterawih dengan arab2 morocco yg berbagai rupa...ewasyir mabruka yaa maghrib!

Sunday, July 31, 2011

Aku ingin kaya....

Masa aku kecik dulu...puas aku memikirkan macamana laa orang2 kaya nih jadi kaya...camana puak2 nih ada rumah besar..ada kereta berbelas bijik dan ada bini yg besar2 semuanya...aku kagum betol bila mereka2 ini berjalan dan berucap di khalayak dengan gaya yg bermacam ragam....itu dulu, masa aku tak kenal lagi erti kehidupan yg sebenar....

Bila aku meningkat remaja, aku lagi pelik...sebab sebiji kereta yg baru, harganya bukan seringgit dua..tp puluhan ribu dan ada yg mencecah ratusan ribu...itu baru kereta...rumah yg agam dan tersergam indah pulak...harganya memang takde puluhan ribu...semuanya main ratusan ribu ke atas...aku pelik sebab camana puak2 ini dapat duit kalau hanya bekerja kerajaan...atau kalu hanya menjadi manager dekat estet2 sawit atau getah...


Sehinggalah bila aku dah benar2 faham tentang sebuah kehidupan yg fana ini...barulah aku mengerti bahawa utk kaya ada berbagai cara...utk memiliki harta berjuta tidak semestinya perlu bekerja keras...tidak semestinya perlu keluar pagi dan balik lewat malam...Kekadang ada yg melakukan 4-5 kerja utk mencari sesuap rezeki yg halal...namun puak2 ini hanya duduk di pejabat dan  menunggu 'rezeki' itu datang bergolek...itulah kehidupan, yang penuh dengan lakonan dan kepalsuan sehingga kita lupa apa tujuan kita diciptakan...

Masa aku study dulu, aku ada beberapa rakan dari anak 'somebody'...masing2 menceritakan bahawa  orang2 kaya itu adalah mereka yg rajin dan komited dalam menjalankan tanggungjawab...aku hanya duduk mendengar bagaimana orang2 kaya ini bermula dari zero dan setelah bertungkus lumus berusaha barulah mereka mendapat hasil dan labanya....dan aku memang kagum bila mendengar setiap teori dan kaedah utk menjadi manusia kaya...Tp bila aku dah grad..dan aku mula mencampuri masayarakat...satu persatu rahsia kekayaan mereka aku ketahui...aku jadi confuse dengan manusia2 seperti mereka ini yg kekadang sanggup mengkhianati kawab baik sendiri utk menjadi kaya raya...."arghhhh persetankan semangat setia kawan yg terbina sejak berkurun lama, kawan bukan boleh membantu aku jadi kaya..." mgkn itu yg bersarang di hati mereka apabila kawan yg baik dan jujur memberi teguran... 


Dan kini, bila aku melihat  kekayaan harta benda itu mampu menyebabkan bercambahnya permusuhan, boleh membawa perpecahan, boleh menyemarakkan sifat sombong dan takabbur dalam diri manusia....aku merasakan kita perlu berhati2 dalam memilih gaya hidup...dan pastinya sifat kesederhanaan yg dianjurkan oleh islam adalah yg terbaik...kerana islam diturunkan utk menjadikan manusia lebih dekat dengan penciptaNYA...kerana islam itu satu agama yg membawa kesejahteraan pada umatnya...maka jadilah orang yang kaya raya sekalipun tapi biarlah dari sumber yg halal dan tegas dalam memelihara prinsip2 yg islam tetapkan, kerana rasul sendiri lebih gemar utk hidup besederhana dan hanya meninggalkan Quran dan Sunnah utk panduan umatnya....

Wednesday, July 27, 2011

Pertama kali aku melangkah keluar...

Ketika pertama kali aku study kat oversea dulu, suasananya memang jauh beza dengan apa yg aku alami sekarang...maklumla masa first time dulu aku masih mentah lagi..masih budak...rambut pun skema je...tak terbayang camne keadaan aku bila berjauhan dengan mak dan ayah...berada di negara yg jauhnya berjuta batu nautika dengan daerah tempat aku bermain...bersenda dengan rakan2...perasaan masa tu bercampur baur....ada belaka...gembira, suka, terharu, sedih, termanggu dan macam2...

Kebetulan aku dari keluarga yg susah...berasal dari kampung...tak pernah sepanjang hayat naik flight....macam2 yg aku pikir...mak aku pulak seminggu sebelum aku fly, asyik sedih dan sugul semacam....kata mak, dia risau aku hilang kena jual masa kat perantauan nanti...mgkn mak  fikir aku kecik sangat nak berjauhan dengan keluarga...mak risau apa akan jadi kalau aku jatuh sakit dan demam batuk2 selsema seperti yg biasa aku alami sewaktu di berada di kampung....

Nih gambar masa form 1...
Aku ingat lagi..masa tu KLIA belum wujud lagi...yg ada hanya Subang International Airport...hampir semua adik beradik aku pergi menghantar utk mengucapkan selamat jalan padaku...aku pula dihantar oleh abang iparku dengan menaiki kereta proton saga yg enjin orient tu...(terima kasih atas budi dan jasanya itu dan aku mendoakan agar dia sentiasa beroleh perlindungan dari ALLAH) dan sepupu mak yg merupakan seorang ustaz pun sempat menjengahku sebelum aku berangkat....dan masa aku nak check in tu mata mak dah mengalir...mak menangis semahunya...masa tu aku benar2 terasa yg mak amat menyayangiku..hohoho...

Arwah ayah pulak cuba utk menahan sebak...memang tak menitis setitis pun air mata dipipinya...sebab ayah seorang lelaki yg tabah...tp aku dapat merasai yg sebenarnya ayah juga turut sedih utk melepaskan aku pergi menaiki kapal terbang ...masih terngiang-ngiang di hujung cuping telingaku pesan dan kata2 ayah..:" ayah tak kesah, abang nak pergi jauh...sebab abang pergi utk belajar...cuma ayah harap abang belajar bersungguh-sungguh dan jangan lupakan keluarga..." perghhh masa tu pun sebenarnya aku rasa nak menagis...walaupun aku cuba berlagak macho dan cuba mengtoughkan dada aku yg tak berapa bidang...namun sebenarnya hati aku pun sedang menagis..sedang merintih kesedihan....sedih utk meninggalkan keluarga tercinta....


Bermain bola di negara asing

Jadi tanggal 30 ogos 1994 jam berapa aku tak ingat...for the first time i was being in the flight...macam2 yang aku dengar sebelum naik kapal terbang nih...ada yg kata, rasa nak termuntahlah bila kapal terbang tu mula2 nak naik..ada yg kata kepala peningla...apa yg pasti telinga aku rasa berdengung bila dah berada tinggi dari paras laut...dekat sehari baru bole nak ilang rasa berdengung tu..buat semua benda rasa macam ada yg tak kena je....hhahahha...dan buat pertama kali aku naik business class...yelahhh tiket orang bagi percuma...aku pun tak tau apa pun, beza antara first, business ngan economy class....sebab mana pernah aku rasa naik kapal terbang pun sebelum tarikh tu!!!

Dan hari kemerdekaan negara malaya tahun 1994 tu aku sambut di negara asing...tak sambut tara mana pun sebenarnya, sebab rasa keletihan yg amat sangat...sambut ngan tido dan berehat jelah...perubahan waktu antara malaya dengan tempat yg aku belajar tu pun makan 5-6 jugak..so bila malaya dah siang..kat situ masih malam lagi...jd kegiatan aku 2-3 hari masa mula2 sampai tu tak lain dan tak bukan....membuat taik mata!...

Hari ini..bila aku dah di ambang pulang semula ke malaya..semua kenangan itu menjengah ke minda aku satu persatu...kadang2 aku tersenyum sendirian bila segala nostalgia itu menari2 di mataku...kalu dulu arwah ayah masih ada..arwah ayahlah yg sentiasa memberi sokongan utk aku mengembara di negara asing...berjalan ke serata pelusuk alam utk mencari pengalaman...kini arwah ayah dah tiada...arwah ayah memang banyak memberi kata perangsang bila aku menelefon keluarga sebab aku rasa amat rindu dan berjauhan...Kalu dulu aku pergi tanpa isteri dan anak2..kini aku dah ada semua tu... pastinya aku amat berharap yg suatu hari nanti anak2 ku akan menjejak semula setiap langkah2 yg aku lalui di bumi2 asing ini...aku amat berdoa segala yg aku perolehi ini akan dapat membakar semangat anak2 ku kelak...Semestinya aku akan memberi segala dorongan dan rangsangan sepertimana yg pernah arwah ayah aku buat sewaktu waktu dahulu...dan segala kenangan ini tetap akan aku simpan utk kuceritakan pada anak dan cucuku nanti insyALLAH....

Tuesday, July 26, 2011

Genap Usiamu seminggu Marwa...

Hari ini genaplah umur marwa seminggu...sekejap je aku rasa semenjak dia dilahirkan sehinggalah ke hari ini...Rasa macam baru je menyambut marwa di hospital...kini dia dah berusia 7 hari...kalu ikutkan syariat islam hari inilah sunnah dicukurkan rambutnya sampai licin, ditimbang dan sedekahkan emas dengan kadar seberat timbangan rambutnya itu...dan hari ini juga disunnahkan sembelih aqiqah apa2 binatang ternakan yg berkaki empat...tp sebab aku di perantauan...mgkn semua tu aku buat bila dah sampai kat malaya nanti...lagipun hanya tinggal berapa bulan je lagi utk aku  packing barang dan melangkah pergi dari bumi morocco ini...kadang2 bila teringat yg dah tak lama kami di sini..rasa sedih dan sebak juga...arghhhhh!!


Sebenarnya memang dari dulu kami merancang utk mendapat anak di sini...puas aku dan isteri berbincang dan bertanya pendapat orang yg lebih tua tentang baik dan buruknya bersalin jauh dari negara sendiri...Isteri aku pulak siap buat research lg tentang bagaimana persiapan yg sepatutnya utk menghadapi saat kelahiran jauh di negara asing...aku pula ditugaskan utk survey mana hospital dan klinik utk buat check up bila biniku benar2 mengandung....dan Alhamdulillah semua perancangan itu mendapat perkenan dari Yang Maha Esa...kami bersyukur padaMu Ya ALLAH....


Pengalaman mendapat anak di negara orang ini memang sesuatu yg susah utk dilupakan....Banyak perbezaannya kalau nak dibandingkan dengan apa yg ada di negara kita...yelahhhh dari mula isteriku mengandung aku asyik memuji akan doktor dan klinik yg ada kat sini..bengang bini aku bila aku cakap doktor dan klinik bersalin kat malaysia agak cerewet dan tak berapa pro...3 tahun dulu aku selalu mengadu(kira macam komenla) kat bini aku..kenapalaa klinik kat malaya nih setiap kali datang check je, mesti nak kena test air kencing...mesti kena cucuk jari utk amik sedikit darah...yang aku cerita nih pengalaman mengandung di klinik kerajaan...aku bukan apa...bila semua benda nak kena check, sure makan masa 2-3 jam...lama tu nak kena tunggu...dahla ibu2 mengandung kat malaya ramai..kira setiap bulan mesti ada jelah mana2 ibu yg datang daftar kat mana2 klinik bersalin....


Tapi kat morocco nih, tak kena buat dua benda tu...dah save skit masa..cuma yg peliknya setiap kali check sure bini aku kena scan...mula2 aku rasa cuak jugak..tak bahaya ke janin yg baru nak membentuk kena scan setiap bulan...tp bila dah doktor sini cakap 'kus syaik mizyan' (semua ok) aku nak betah apa lagi...dia doktor...aku nih sapala sangat nak berdebat ngan dia...hhahhha..so kami suami isteri follow jelah apa yg doktor sini suruh...yg bagusnya bila buat scan setiap bulan, kita boleh tengok sendiri perkembangan baby kita tu dari masa ke semasa...dari sebulan ke sebulan...sungguh menakjubkan...Maha SuciMu Ya Allah atas kurniaan ini....

Jadi banyak benda yg aku belajar bila isteriku melahirkan anak kali pertama jauh dari mak ngan ayah serta sanak saudara...banyak pengalaman manis yg tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila2...banyak benda yg aku lihat sepanjang proses mengandung dan bersalin di salah sebuah negara Afrika Utara ini...Mungkin negara kita lagi maju dari segala serba serbi...dan kini aku mengakuinya...mgkn negara kita lebih canggih dari segi peralatan dan teknologinya...cuma tak mgkn aku dan isteriku mendapat pengalaman ini kalu kami mengambil keputusan utk melahirkan marwa di malaya...Dan pastinya apabila melihat marwa, kami akan terkenangkan wilayah ini...terbayangkan segala yg pernah kami lalui sepanjang 2 tahun di sini..terkenangkan adik2 pelajar yg baik dan bermurah hati...terkenang segala yg indah2 di bumi morocco ini...marwa!kaulah segalanya buat aby dan ummi...

Saturday, July 23, 2011

Maka lahirlah Zahratul Marwa ke dunia....

Menanti satu kelahiran memang cukup mendebarkan...aku pernah merasainya 3 tahun yg dulu...ketika tu semuanya berjalan dengan begitu pantas....aku pun rasa macam tak percaya, bila doktor mengarahkan isteriku utk masuk ke wad awal sebelum tarikh yg sepatutnya...aku ingat lagi pada tarikh 27 Ogos 2008 lahirlah puteri sulongku Wardatul Ahlaa yg menjadi permata hati kami sehingga kini...

Dan pada tarikh 18 Julai 2011 aku merasa berdebar sekali lagi...macam2 yang aku rasa sebenarnya....kadang2 aku rasa risau, kadang2 macam terharu...apatah lagi bila melihat ramai adik2 kat bumi Morocco nih yg banyak memberi sokongan dan bantuan. Kalau dulu ada kaum keluarga dan sanak saudara yg membantu..tp apabila jauh beribu kilometer dari bumi malaya ni, adik2 pelajarlah yg menunggu saat kelahiran puteriku yang kedua ini....arghhhh kadang2 rasa penat dan risau itu boleh hilang serta merta bila melihat baby yg dinanti2  telah selamat dilahirkan....Sungguh agung kuasaMU Ya ALLAH...!!!

Sebenarnya aku memang tak sabar menanti adik Ahlaa menjengah dunia....selalu aku berangan melihat Ahlaa yang keseorangan sebelum ini sudah mempunyai teman. selalu aku terbayang bagaimana Ahlaa melayan adik kandungnya...adalah dia akan rasa cemburu melihat kami suami isteri lebih menumpukan adiknya di peringkat awal ini? atau adakah dia akan rasa seronok dan memahami bahawa adiknya memang memerlukan perhatian kami secukupnya..?

Dan aku memang tak sabar menanti bagaimana rupa dan gelagat adik kepada Ahlaa ini...nak tengok, sama tak cara tidurnya dengan si kakak...sebab si kakak dahulu sentiasa akan tidur dengan keadaan kedua-dua tangannya ke atas...nak tengok sama tak hidung, rambut dan rupanya yg lain...sebab si kakak katanya banyak mewarisi rupa parasku sebagai si ayah....hhahha...memang aku menantikan saat ini...Maha Suci ALLAH yang Menciptakan segala keindahan!



Maka pada hari isnin bertarikh 18 Julai,lebih kurang jam 10.45 malam waktu Morocco, lahirlah Zahratul Marwa ke dunia...aku dan isteri sengaja memilih nama itu kerana si kakak dinamakan dengan 'bunga mawar' di perkataan namanya yang pertama..jadi si adik mestilah dinamakan dengan 'bunga' juga supaya berlaku adil!!hhhaha....semoga lepas ini ALLAH mengurniakan anak lelaki pulak kat kami..sebab pening nanti aku nak cari nama 'bunga' lagi kalau dapat anak perempuan....

Marwa sihat dan selamat ketika pertama kali melihat alam maya...aku rasa sangat bersyukur kerana semuanya selamat dan sihat...walaupun isteriku keluar agak lewat, namun aku diberitahu semuanya ok dan takde masalah...aku tahu bukan senang utk melahirkan seorang anak...isteriku seolah bertarung dengan nyawanya sendiri utk melahirkan Marwa...dan Wardatul Ahlaa serta Zahratul Marwa adalah lambang cinta kami yg bersulam sehingga ke hari ini...Ku panjatkan segala rasa syukur padaMu ya ALLAH...ku berdoa agar kami sentiasa diberikan taufiq, hidayah dan barakah dalam menjalani hidup ini...semoga 'amanah' yg Engkau beri ini, akan kami jaga, didik dan besarkan dalam suasana insyaALLAH...Engkau peliharalah anak2 kami Ya ALLAH dan jadikanlah mereka anak2 yang solehah dan penyejuk mata kami...AMEEN YA RABBAL ALAMEEN...

Tuesday, July 19, 2011

Tanda-tanda nak bersalin

Hari ni aku dh 39 minggu 1 ari...bermakna lg 6 ari nk smpai due date. Due date aku 24/7 nih... masuk ari ni dh 4 ari aku kuar tanda lendir campur darah, tp blom rse sakit contraction yg kuat lg... Mula2 kuar darah ni aku dh rse cuak... maklumla takde pengalaman lg,walaupun ini merupakan anak yg kedua bg aku... Iyela yg first dulu blom sempat kuar ape2 tanda lg aku dh kena bedah...

15/7/2011
5.00 a.m : Bangun dr tido dan menuju ke toilet utk ambil wudhuk. Sebelum ambil wudhuk tu sempat buang air dulu,hehe. Aku lihat ade setompok darah merah segar... Gabra kejap... eh, dh nk bersalin ke? bersihkan diri jap, pastu solat subuh... Lepas siap solat tu ati tak tenang sbb dok fikir pasal darah td... termenung jap dlm 10minit pastu wt keputusan utk sambung tido semula.

8.00 a.m : Bangun dr tido dan terus siapkan sarapan. Sambil makan tu sembang2 ngan DaunKuchai cite pasal darah pg td. DaunKuchai relax je macam dh de pengalaman...

6.00 p.m : Darah masih lg keluar dan wt keputusan ajak DaunKuchai gi hospital cek jalan dh terbuka atau blom...

6.30 p.m : Balik dr hospital dgn perasaan sedikit kecewa sbb jln blom terbuka lg... doktor suruh dtg semula kalau sakit contraction kuat atau pecah ketuban,huhu. Takpela mungkin baby blom sedia nk keluar lg kot. Best dok dlm perut ummi die sbb dpt mkn sedap2,hehe.

16/7/2011
Lendir bercampur darah masih lg keluar... Tak puas ati terus gi surf internet nk tau pasal tanda2 nk bersalin ni... Ape la aku ni, dh 2 ari keluar tanda br nk surf internet,hehe.

Tanda-tanda nak bersalin :
Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut 

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
 Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta)
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Jd sekarang ni aku wt keputusan utk tunggu dan terus menunggu sehingga sakit contraction makin kuat atau pecah ketuban... wt mase sekarang aku dh rse sakit contraction tu tp masih boleh bertahan lg la... kawan aku ckp kalau nk tau sakit contraction yg kuat macam mana, bila kita sudah tdk mampu tersenyum... wt mase skrg ni aku bkn setakat boleh tersenyum tp masih boleh ketawa ngan riang lg... maksudnya blom masenya lg la tu,hehe.

Monday, July 18, 2011

Hukum darah keluar ketika mengandung

Banyak kali aku ditanya dengan soalan camnih...soalan berkaitan darah dan apakah hukumnya...kalu dulu aku memang pening..sebab dulu aku bujang trang tang tang...jadi aku tak amik cakna tentang permasalahan ini...

Tapi skrg bila aku dah ada bini, dan bini aku pulak seorang perempuan sejati...aku mesti kena tahu...aku mesti kena baca balik kitab2 fiqh utk merungkai persoalan yg dah lama bersarang kat lubuk otak aku nih....lagi satu masa bujang dulu, aku segan nak tanya soalan2 berkaitan darah orang perempuan nih...yelahhh aku nih seorang pemalu dan penyantun bangattt..persis seorang perawan desa deh!!....chewwahhh..


Menurut ibn rusyd al-qurtuby (wafat 595 H) darah yg keluar dari rahim seorang perempuan ada 3 jenis: darah haid, darah istihadhah, darah nifas. Aku rasa semua orang dah maklum dengan benda nih..sebab kalau kat sekolah dulu...3 jenis darah nih la yg diajar oleh para ustaz dan ustazah pun.Cuma mgkn berkaitan dengan darah yg keluar bagi orang yang hamil belum kita ketahui dengan jelas dan terperinci, sebab kat sekolah dulu seingat aku ustaz dan ustazah hanya jelaskan secara ringkas sahaja tak mendalam.

Para fuqaha' dulu dan kini berselisih pendapat berkaitan darah ini dan bagaimana ingin diklasifikasikan: adakah darah yg keluar bagi orang hamil itu termasuk dalam kategori darah haid atau darah istihadhah? atau adakah darah ini merupakan darah nifas? sebab setiap jenis darah itu ada hukumnya yg tersendiri dan ada larangannya yg khas...orang haid dan nifas misalnya tak wajib solat, puasa, tak boleh tawaf dan haram bersama suami...manakala orang istihadhah wajib solat, puasa dan boleh melakukan tawaf serta boleh bersama suami.


Bagi imam malik dan as-syafie r.h, berdasarkan pendapat mereka yg paling soheh, perempuan yg hamil itu boleh mengalami haid. Maksudnya berkemungkinan darah yg keluar dari seorang perempuan hamil itu adalah haid walaupun biasanya apa yg kita tahu, perempuan hamil tak akan datang haid...tp menurut kedua-dua imam yg agung ini, tidak semestinya orang mengandung tidak ada haid.

Manakala bagi imam abu hanifah, imam ahmad dan imam as- tsaury r.h dan beberapa imam yg lain, perempuan hamil tidak akan datang haid. Adapun darah yg keluar sewaktu mengandung itu bagi pendapat mereka adalah darah penyakit atau darah 'rosak' melainkan jika seseorang perempuan itu mengeluarkan darah diiringi dengan rasa sakit (al-talq) mereka semua bersepakat mengatakan darah itu merupakan darah nifas. Maknanya menurut para imam2 mujtahidin ini, seorang perempuan hamil boleh mengalami darah nifas beberapa hari sebelum bersalin dengan syarat darah yg keluar itu mesti beserta rasa sakit terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan darah orang perempuan ini diakui sendiri oleh imam ibn rusyd satu yg amat sukar utk dijelaskan...kerana tiadanya nas yg jelas dan khusus melainkan hanya berdasarkan pengalaman dan kebiasaan yg diaalami oleh kaum perempuan. Sebab itu kita dapati para fuqaha' tidak bersepakat dalam mengkategorikan darah yg keluar itu. Cuma sebagai perempuan, mereka kena tahu dan arif betul2 warna darah dan bagaimana ianya keluar. sebab kebiasaannya warna dan sifat darah haid berbeza dengan darah penyakit sebaimana sabda baginda SAW yg diriwayatkan oleh imam abu daud: " Darah haid itu warnanya hitam dan dikenali..." 


Dan seorang perempuan hamil itu kena pastikan juga, adakah dia seroang perempuan yg kuat, sihat dan mempunyai janin yg kecil ataupun perempuan yg mengandungkan janin yg lemah dan dia sendiri tidak kuat dan selalu berasa sakit2..Kerana jika dia termasuk dalam jenis perempuan hamil yg pertama, maka darah yg keluar itu berkemungkinan adalah darah haid. manakala sekiranya dia jenis yg selalu sakit2 atau demam2 ketika hamil, berkemungkinan besar darahnya itu adalah darah penyakit atau istihadhah.

Cuma akhir2 ini, para2 doktor perubatan telah membuat kajian dan analisa dan mereka lebih cenderung mengatakan bahawa darah yg keluar bagi perempuan hamil adalah darah penyakit dan bukannya darah haid.Kalau sedemikian hukumnya sama seperti perempuan yg mengalami istihadhah iaitu wajib solat, puasa boleh melakukan tawaf dan boleh bersama suaminya. Cuma ulama berbeza pendapat adakah perempuan istihadhah wajib berwuduk setiap sekali ingin solat, atau adakah wuduk setiap kali solat itu cuma istihbab, atau adakah mereka wajib mandi jika ingin menunaikan solat??..Semua ini sebenarnya, memerlukan perbincangan yg lain dan masih termasuk di dalam perkara yg khilaf, ianya berlaku di kalangan ilmuwan2 islam kita kerana ketiadaan nas yg soreh dan soheh menyebabkan perbezaan pendapat ini timbul. Wallahu a'lam...

Sunday, July 17, 2011

Eh...eh..kak sarah ngan kak shasya datang!

Happy betoi aku tengok anak dara sulong aku nih bila kedua-dua teman rapatnya tu datang semalam....sampai aku yg sibuk ngan ummu ahlaa pasal nak bersalin pun, dia dah tak layan...maklumla sejak dia kat sini...kak sarah ngan kak shasyalah yg paling ngam ngan style dan cara dia...


Aku tengok ahlaa nih, bila jumpa ngan kak sarah dan kak shasya terus je bersemangat...kalu sebelum tu dia letih...terus je hilang serta merta!!..kalau sebelum tu dia ngantuk, nampak je kedua-dua kakak dia tu, terus segar dan bulat biji mata...!bila aku cakap..:" ahlaa kan tak sihat...camne nak ikut kak sarah ngan kak shasya mainn...." sepantas kilat dia akan cakap.." tengok nih..ahlaa dah sihatlah!.." pastu dia akan bulatkan biji mata dia dan buat gaya lompat2, utk menunjukkan yg dia memang benar2 sihat wal afiat...ahlaa...oh ahlaa...


Sebab tu bila kedua-dua beradik tu datang semalam, ahlaa yg memang dah kena selsema dan batuk2, terus ajak ke rumah mak yong...padahal badan dia dah mula nak panas..tp main punya pasal, semua tu tak menjadi halangan...mgkn bagi dia, inilah peluangnya dia nak main ngan kanak2 melayu puas2!...sebab kat wilayah nih, geng2 dia semuanya yg bergelar mahasiswa, yg berusia 20-an..dan yg mungkin menjadi isteri orang dalam waktu terdekat...hhahha!(nih doa nih..kena aminkan..)


Dan hari nih, ayah dan ibu kepada kak sarah dan kak shasya pun datang...perghhh lagilah dia happy...sebab kalu mereka datang mesti akan bawa ahlaa jalan2 kat marjane..main2 kat satu taman permainan kat sana...dan layan ahlaa seperti anak mereka sendiri..beli itu dan ini kalau ahlaa nak...ahlaa pulak siap panggil En Sofri(ayah kak sarah dan shasya) ayah lagi..tp kadang2 dia akan panggil 'abang'...maksudnya dia nak kata En Sofri tuu awet muda... kecik2 dah pandai membodek ahlaa nih!hhuhu...


Kat Kak Rahmah(ibu kak sarah dan kak shasya) dia panggil mama...manja betoi si ahlaa nih dengan keluarga mereka...aku pun tumpang gembira dan bersyukur sebab ada keluarga melayu yg baik dan berhati mulia kat bumi barbar nih...sekurang2nya adalah jugak tempat ahlaa bermanja dan bermain dengan anak2 mereka...yelahhh anak2 arab kat sini, asal main ngan ahlaa je sure nak tolak2...takpun pijak badan...takpun buat smackdown ala2 'the rock'..tu yg buat aku maleh nak bagi ahlaa bercampur ngan diaorang...mana tahan....bila main je,ahlaa akan balik dan mengadu...sakit leherla!..kekadang sakit belakang badanlah!..sekali tuh dia kata..dia sakit kepala..budak lelaki arab pijak kepala dia! gerammmmm je bila aku dengar ahlaa mengadu camtu!!

Camtu lah aku perhatikan gelagat dia hari-hari...tambah2 pulak bila dia dah nak dapat adik nih..lagila aku tak sabar nak tengok...camne dia layan adik dia nanti...manja tak dia seperti mana dia manja ngan kak sarah dan kak shasya? happy tak dia camane dia tersangat happy bila nampak baby2 arab yg kecik kat sini..? adakah dia akan selalu gomol adik dia, camane dia selalu gomol aku ngan ummu ahlaa bila dia rindu dan rasa kesepian...? Oooohhh aku harap sangat ahlaa akan jadi kakak yg terbaik buat adik2 dia...akan jadi kakak yg penyayang..dan akan sentiasa protective bila tengok adik2 dia bermain ngan orang lain.... " Ahlaa..!! Aby sayang bangat sama kamu deh!..."

Friday, July 15, 2011

Cheh! Diaorang pun cam kita jugak...

Masa aku kecik2 dulu...aku mmg suka berangan utk berjalan ke seluruh pelusuk dunia...aku tak ingat dah masa umur berapa tahun, cuma yg pasti dari kecik aku dah ada azam dan cita2 utk keluar dari tanah kelahiran aku, kemudian mengembara ala2 pendekar zaman dulu2...alaa yg bawak sebakul kain kat bahu tuu, lepas tu kepala sure ada tanjak dan kasut mesti capal...mana2 musuh yg ada berani mau test...terus je bunuh..tarak kasi cann...!!

Masa aku form 5, kami calon2 SPM dah siap berbincang dan plan nak sambung belajar kat mana...kebanyakkan member aku mmg nak masuk UIA...tp bila turn aku kena tanya...aku jawab..nak sambung oversea...bukan apa...aku nak tengok negara orang...aku nak rasa apa syoknya jadi perantau macam yg selalu aku dengar kat lagu2 arwah sudirman...aku nak test raya kat negara asing...

Dan antara yg mempengaruhi aku utk further study kat luar negara nih, bila aku terdengar dalam satu program radio RTM, pengalaman rakyat2 malaya di luar negara...kebanyakkan yg cerita semua best...aku pun dah takleh tahan...aku cakap dalam hati aku kena all out masa SPM kemudian score dan terus sambung belajar kat seberang laut...takde alasan2 lagi..full stop! Dan alhamdulillah hasrat dan cita2 aku tercapai...aku dapat belajo  kat luor negara...senyumm ayah aku bila akau dapat tawaran tu...

Time study tulah aku planned ngan berapa member aku nak round satu europe..nak tengok sendiri camne kemajuan yg selalu dimomokkan oleh mereka2 yg berkiblatkan barat kepada orang2 kampung seperti aku...apa hebat sangat ke negara germany?...canggih sangat ke teknologi2 kat negara france? takde langsung ke orang merempat ke negara italy? bersih sangat ke pekan2 atau bandar2 kat negara spain..? semua tu aku nak tengok sendiri ngan mata kepala aku...aku nak nilai sendiri...aku nak perhati sendiri...


Dan bila aku berkesempatan berada di beberapa negara eropah utk seketika...banyak benda yg aku tengok tak seperti yg aku dengar selama nih...orang2 kampung cukup teruja dengan kota london...kira sapa balik dari london mmg dasyat abisla...bila aku duduk sana beberapa hari..aku tengok bandar london dah macam KL...penuh dengan mat bangla dan pakistan...ada jugak orang2 susah yg mohon simpati...masa kat manchester orang british sendiri yg minta sedekah kat aku, orang malaya...bangga pulak bila aku boleh sedekahkan 1 GBP kat breder tu...yelaaa sebelum nih aku pikir rakyat british takde yg minta sedekah..semua kaya2...


Camtu jugak masa kat eiffel tower...kota romantik konon...tengok dalam gambar cantik gila...menara eiffel tu sendiri, bila aku tengok depan2..cheh tak ubah cam pencawang elektrik kat kampung aku je...kalu nak banding ngan KLCC jauhla lawa bangunan kita tu...sebab tu aku rasa kita nak tengok sendiri tempat2 yg menjadi sebutan rakyat malaya...kat venice contohnya....kebetulan masa aku sampai tu, hujan lebat..melimpah2 air naik kata atas jalan..sebijik macam jalan kat kampung perak, jerantut..pahang! camnih ke bandar air yg sokmo dikatakan cantik dan menarik tu..??hhhahaha...dan aku rasa kadang2 orang kita selalu berlebih-lebihan bila memuji dan bercerita tentang negara orang..sedangkan apa yg ada kat negara kita  jauh lebih baik dan indah kalu hendak dibandingkan....sebab orang kita selalu berbangga dengan benda yg datang dari luar...dan selalu mempunyai stigma yg apa ada kat dalam negeri tidak bagus dan berkualiti...itulah antara sebab kenapa aku nak sangat tengok dan jenguk negara orang nih...!!

Thursday, July 14, 2011

Penting jugak internet nih rupanya....

Suatu masa dulu aku tak berapa suka dengan teknologi2 moden nih.. .bukan apa, aku rasa macam 'terkongkong' je bila terpaksa nak charge bateri atau nak kena alert bila ada mana2 message yang masuk... ingat lagi member aku siap kutuk2  bila aku tak pakai handset... kata diaorang aku nih manusia yg ketinggalan zaman..manusia yg tinggal kat gua batu.... kira cam orang zaman paleolitik la aku nih bg pandangan diaorang!! hhahha...

Macam tu jugak dengan penggunaan internet dan segala aplikasi yg berkaitan dengannya...aku memang tak pernah ada akaun friendster, tak pernah terfikir nak ada akaun facebook dan tak terbayang pun nak tulis blog..yang aku cerita nih dulula...bukan skrg...!!!sebab bagi aku semua benda nih 'mengongkong' kebebasan hidup aku yg suka 'bebas' dan 'blues' bersama kawan2...

Dan yg paling aku lemah sekali bila semua aplikasi2 nih memerlukan internet pada kadar kelajuan yg agak tinggi...aku pulak masa first time berkerja kena hantar kat ceruk kampung...jadi aku sokmo rasa tak puas hati bila surf internet...dan aku selalu tertanya2 bila la negaraku malaya nak sebarkan penggunaan internet nih ke seluruh ceruk rantau agar semua rakyat tak kira apa pangkat dan latar belakang dapat menikmatinya dengan rasa puas dan bangga....kira macam rakyat kat negara2 majula...aku rasa yg betoi2 puas menggunakan internet nih warga KL je...sebab KL, pusat kepada segala pembangunan ekonomi negara..tp apa cerita pulak rakyat malaya yg duduk kat pulau banggi, sabah..? camtu jugak dengan makcik esah yg duduk kat ulu tembeling, pahang? atau pun Awang Damit yg duduk kat Kampung pelakat, Sipitang Sabah..? diaorang pun rakyat malaya jugak...

Tp itu semua cerita dulu...cerita sebelum 2 tahun yg lampau...kini aku dah berubah..aku dah mula perlahan2 menikmati keseronokan bermain internet...internet mmg betul2 bermanfaat.. banyak benda yg aku belajar melalui internet nih..dan yg paling penting internet memudahkan aku sekeluarga utk berkomunikasi dengan adik beradik dan sanak saudara yg jauh di malaya...sebab tu bila 4 hari lalu bila internet kat rumah aku break down..kami sekeluarga rasa tak sedap duduk..kena pula bini aku dah nak due..bila2 masa je bole bersalin, internet pulak takde sebab kena sambar petir yg kuat..(sampai aku yg tido nyenyak pun bole terjaga) terfikir macamana nak hubungi keluarga dan rakan2 kalu bini aku betol2 dah bersalin...


Puasla aku turun naik Maroc Telecom supaya cepat diaorang baiki internet..hari2 telefon bgtau internet rumah kami prob..dan macam2 ayat yg aku guna supaya makcik yg angkat call tu termakan ngan kata2 aku...sampai technician maroc telecom tu last sekali jd best friend ngan aku plak, sebab berbakul2 aku 'jek' dia dan puji dia..cakap dia paling cekapla...cakap dia hensemla walaupun uban dah penuh atas kepala dia... cakap aku tak pernah jumpa technician yg se efisien dia laa..dan hasilnya hari nih internet rumah aku dah pulih seperti biasa...brader technician tu siap bg no handset dia kat aku..dan kalu ada prob lain kali call je dia....lawak betoi aku arab morocco nih...kena 'jek' berkoyan2 baru nak semangat buat kerja...hhahhaha!

Bila internet dah ok nih baru rasa cam bernafas semula...ohhh betapa pentingnya internet dalam hidupku sekarang...cuma aku risau je kalau2 aku kena hantar bertugas semula ke kawasan2 ulu seperti 4-5 tahun yg lampau..sudah lajukah internet di ulu tembeling? sudah sampaikah perkhidmatan broadband di pulau banggi, sandakan? sudah adakah wi-fi di kampung guruh-guruh, sipitang? ohhhh malaya...negaraku tercinta!!!

Sunday, July 10, 2011

Main bola...makan bola..tido bola...

Hari nih Ahlaa ajak aku main bola...katanya dah lama kami tak main bola bersama...lawak pulak aku dengar ayat dia...bukan apa...selalunya boleh je dia main sorang2..tp sejak aku 'bebas' nih, bersungguh2 pulak dia mengajaknya..sampai tarik2 tangan aku!

Dulu aku ada belikan dia sebijik bola...alaaaa bola ringan utk budak2 kecik...jadi ngan bola itulah dia sering bermain...kadang2 dia sepak...kadang2 dia tanduk..kadang dia tergolek sorang2 sebab terpijak bola...kah kah kah...Tp bila hari nih dia suarakan mahu bermain dengan aku, aku pun layanla...aku sepak dan timbang bola tu beberapa kali..Ahlaa cuma memerhatikan sahaja gaya skill bapak dia...

Bagiku main bola mmg menyenorokkan...arghhh kira sukan secara umumnya sesuatu yg sebati dengan jiwa lelaki...sebab puak2 lelaki nih kalu tak bersukan mesti akan jadi mat bunga punya..mat jiwang yg karat2!!...ataupun mat study yg jenis pakai spek2 setebal 13 inci...maklumla mengadap kitab 26 jam sehari...itu yg aku lihat masa duduk asrama dululah...aku perhatikan kebanyakkan budak kat asrama aku dulu mesti try jugak main apa2 jenis sukan..paling2 koman pun main indoor sport macam chess, dam dan sebagainya...

Tapi Ahlaa nih perempuan...itu yg menggerunkan aku...sebab kalu bole biorla dia minat permainan macam congkak ke...pondok2 ke....masak2 ke...barula sesuai utk menjadi 'perempuan melayu terakhir' bila besar nanti...tp buat masa skrg nih dia macam nak mewarisi apa yg aku minat pulak...tu yg tak berapa nak best tu!aku sangat2 berdoa supaya minat dia hanya sekejap je....mgkn jugak dia terpengaruh dengan watak aku yg sokmo melayan sukan kalu ada masa lapang...salah aku jugakkan!tp aku mmg minat sukan sejak dari kecik lagi...sokmo bergaduh ngan abang aku kalu bab2 main sukan nih...kebetulan semua games yg dia pandai, aku pun pandai jugak..tu yg sokmo berlawan dan akhirnya sampai nangis!(aku la tuh..sebab aku adik)


Dan hari nih bila Ahlaa menunjukkan skill kelecek bola dia..aku dah mula menggelengkan kepala...dia siap cakap lagi..:"Aby! Ahlaa kelecek nih macam Messi tak..?" aduhhhh...sejak bila pulak dia kenal ngan abang Messi nihh...pastu siap lari2 ngan goyang2kan badan lagi....konon macam ada defender pihak lawan yg nak halang bola dia ...."Ohhh Ahlaa...Aby bukan taknak bagi sokongan pada minat Ahlaa tu..Aby bukan nak membunuh skill yg ada padamu sayanggg...cuma Ahlaa tu perempuan...rambut panjang mengurai lagi...takyahla nak ikut2 messi ke apa...Ahlaa main masak2 ye sayanggg..nanti aby belikan alat mainan masak2 pulak kat Ahlaa...ye sayangggg??" ...selang berapa ketika Ahlaa terus diam dan merajuk..sebab aku dah sorokkan bola...aduhhhh...!!

Saturday, July 9, 2011

Aku telah bebas...!!

Happy betoi aku hari nih...aku pun tak tau kenapa...cuma bila segala beban dan prob yg kita tanggung dapat diselesaikan..secara automatik kita akan gembira dan tenang...aku rasa semua orang akan rasa camtu...sebab bebas dari segala masalah dan bebanan merupakan satu tuntutan rohani...

Ermm happy betoi aku kali nih...bukannya sebelum nih aku tak pernah rasa happy...tp apabila segala usaha yg kita curahkan dan tenaga yang kita korbankan dibalas dengan satu kejayaan, semua orang akan rasa benda yg sama....seorang romeo sejati pasti akan berasa puas dan gembira apabila semua 'ayat2 jiwang' yg dia gunakan utk tackle awek yg paling hot kat tempat dia, menunjukkan tanda2 positif atau dengan erti kata lain awek tu dah macam nak tersangkut dengan 'ayat power' dia tu..


Macam tu juga seorang pemimpin politik pasti akan tidur lena...apabila segala wang yg dia tabur dan projek yg dia luluskan akhirnya di balas dengan kemenangan majoriti besar dalam pilihanraya...kira lawan dia tu kalah teruslah, sampai hilang wang pertaruhan!..punyala kuat pengaruh dia dan kuat sokongan yg dia perolehi dari akar umbi...walaupun yg memenangkan dia mgkn hanya undi pos yg tak tau telus ke tidak!! semua ini bersangkut dengan kepuasan seseorang bila 'bebas' dari sebarang tekanan dan prob yg kekadang agak complicated...

Kepuasan satu nikmat...dan nikmat yg diperoleh wajib disyukuri..sebab semuanya datang dari rahmat dan kasih sayang MAHA PENCIPTA...hari nih kita mungkin mendapat nikmat yg tidak terhingga..tapi hari esok kita tak tau lagi apa yg bakal berlaku...sebab itu kita perlu sentiasa bersyukur..dan perasaan syukur itu mestilah diletakkan pada tempatnya yg sebenar! Jangan pulak apabila kita menang award pelakon paling seksi tahun 2011, lantas kita mengucapkan syukur kepadaNYA atas kemenangan tersebut...atau kita melahirkan rasa syukur di atas kejayaan filem kita yg ala2 separuh lucah itu dengan melakukan kenduri doa selamat dan menjemput anak2 yatim..ini semua fenomena menifestasi rasa syukur yg tersalah tempat!hhahaha..

Dan hari ini aku rasa amat bersyukur padaNYA... atas segala nikmat yg telah diberikan padaku dan keluargaku selama ini... Aku sentiasa berdoa agar semua nikmat itu menjadikan aku lebih dekat padaNYA... agar aku tidak leka dan tenggelam dalam nikmat2 itu..nau'zu billah... aku tahu ya ALLAH... hanya ENGKAU lah tempat aku bergantung harap.. tempat aku mengadu nasib.. tempat aku meminta pertolongan... padaMU lah Ya ALLAH kupanjatkan rasa syukur ini agar aku tergolong dari kalangan hamba2MU yg ikhlas, sabar, redha dan tidak sombong dengan anugerah dan kelebihan yg ENGKAU berikan.... ameen yg RABBUL ALAAMEEN...

Arghhh pastinya aku akan rasa 'bebas' selepas ini..bebas dari segala tugasan yg memeningkan...bebas dari segala kekalutan yg mencengkam rasa...bebas seperti yg pernah aku lalui seketika 12 tahun yg lalu..kerana aku pasti selepas melalui saat kebebasan ini aku akan di penjara lagi oleh tugasan2 insani yg lain...sebab sememangnya sebagai manusia kita tidak akan selama2nya bebas dari masalah dan kekalutan hidup!!huuhu.. 

Tuesday, July 5, 2011

Berzuhudlah kita di dunia....

Sifat zuhd merupakan salah satu sifat yang sangat dituntut oleh Islam....Banyak umat islam pada hari ini yg mendakwa bahawa dia seorang yg zahid...seorang yg benci akan dunia..seorang yg hanya tumpukan pada amal2 akhirat tanpa mempedulikan langsung kehidupan dunianya..tp benarkah itu yg dimaksudkan dengan kalimah (زُهْد) menurut islam?

Zuhud adalah perkataan Arab...dan zuhud berasal dari kalimah (زَهِد)....yang dari segi bahasanya membawa maksud berpaling dari sesuatu atau tidak mengkehendaki kepada sesuatu kerana tiada mutu dan nilai yg baik...kekadang bayak orang yg tersilap dalam memahami makna zuhd ini dengan cermat..dan akhirnya terjebak dalam dilemma antara ingin  beramal utk akhirat dan mencari harta yg halal utk kehidupan dunia...



Menurut syara' secara umumnya zuhd membawa erti mengambil sekadar yg perlu dari sesuatu yg diyakini halalnya. Maknanya sebagai insan kita tak boleh tamak dalam mengejar harta dan kemewahan dunia...sebagai manusia kita tidak boleh terlalu obsessed utk mengejar pangkat, nama, dan kuasa...sehingga kita melupakan amal akhirat dan yg lebih hina kita melupakan terus ALLAH dan RASUL utk menghalalkan segala tindakan kita...

Banyak contoh insan2 yg zuhhad dalam sejarah islam...Nabi kita sendiri tidak pernah kaya dan mewah seperti kebanyakkan pemimpin islam pada hari ini...begitu juga para sahabat kibar...semuanya mengambil dunia hanya sekadar memenuhi keperluan sahaja...

Tp islam tidak pernah sama sekali menghalang sesiapa utk menjadi kaya...cuma biarlah kekayaan yg diperolehi dengan cara yg halal...cara yg bersih...atau cara yg diredhai oleh agama...bukan dengan cara menindas manusia lain... atau dengan perbuatan rasuah atau dengan penipuan atau dengan apa jua  kaedah sekalipun yg sama sekali haram di sisi islam! di kalangan sahabat ada yg kaya...Saidina Usman r.a pernah kaya..begitu juga Abd Rahman al Auf r.a..seorang pedagang dan peniaga yg berjaya..tetapi kekayaan tersebut tidak pernah melalaikan mereka dari beramal utk agama islam...malah mereka antara sahabat yg pasti masuk ke syurga. mereka menggunakan segala kekayaan ke jalan ALLAH...ke jalan yg lurus dan diredhai...


Sebab itu imam Al Ghazali rahimahumullah dalam kitabnya 'Mizan al-Amal' pernah berkata: " Bukanlah orang yg zahid itu orang yg tiada berharta, tetapi orang yg zahid itu ialah orang yang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka.." begitu juga Sayyidina Ali r.a ada menyebut: " Kalau seorang lelaki itu mengambil sekalian apa yg ada di permukaan bumi ini dengan maksud semata-mata kerana ALLAH, maka dia bukan dari kalangan orang yang gemarkan dunia.."

Jadi sebagai muslim kita dituntut mencari harta yg halal...agar kita tidak meminta dari manusia...tidak menjadi hamba kepada makhluk...Kerana kemuliaan seorang insan itu terletak pada  sejauh mana dia dapat bebas dari pergantungan  manusia dan hanya bergantung harap kepada pertolongan dari tuhanNYA...cuma apa yg berlaku kekadang kita lupa siapa diri kita yg sebenar..kita lupa dari mana asal usul kita dan kita sombong dan bongkak bila kita diberikan ALLAH dengan sedikit kelebihan. Kita lupa utk tidak tamak dengan apa yg terbentang di depan mata....kita lupa utk mengambil apa yg perlu utk kita dari sesuatu nikmat yg diyakini halal...

Kerana apa???kerana manusia sering tergoda dengan pujukan syaitan dan nafsu...kerana apa??kerana kita hanya suka mencari redha manusia berbanding keredhaan YANG ESA...sebab itu maka berzuhud la agar kita terpilih menjadi di kalangan hambaNYA yg sering sahaja disayangi ALLAH dan juga dikasihi manusia!     

Padan muka aku!

Hari ini aku pergi sekali lagi ke Wikalah Mustaqillah Jama'iyyah Lil Tauzi' Al Ma' wal Kahraba'...ala kalau kat malaya kira cam JBA atau TNB la...bukan apa, dah lama sangat tertangguh misi nak membayar bil air dengan api ni..kalu kat malaya dulu semuanya aku jelaskan pakai online je...Tp kat sini tak penah pulak aku dengar bole ke tak bayar bil2 secara online nih...ohhh maju betoi negaraku Malaya....

Apa lagi dalam pukul 10.37pg sampaila aku kat situ...masuk je bangunan tu aku tengok orang dah ramai...macam hari2 sebelum ni!..pelik jugak aku kenapa tak pernah kurang pun orang nak bayar bil nih...hari2 sesak...hari2 crowded...orang morocco nih krja bayar bil je ke hari2?? atau diaorang nih mmg hobinya membayar bil...ataupun mereka ini menjadikan aktiviti membayar bil api dan air sebagai punca hiburan...maklumla tekanan hidup yg terlalu banyak...peluang pekerjaan pulak tak berapa ada...jadi disebabkan tension mereka turun beramai2 atau menjadi sukarelawan  utk membayar bil...

Camnilah lebih kurang crowdednya manusia kat situ
Hahha..itu telahan aku jelah...apa yg pasti, bila aku amik je tiket giliran tu...turn aku adalah 1245...sedangkan number yg tertera kat skrin terkini ialah 1145..maknanya lagi seratus orang baru aku bole bayar bil...sebelum ni aku datang pun camtu jugak...tu yg aku hairan! Tp kali nih aku dah tanamkan azam dan tekad..aku mesti bayar walau apa jua keadaan sekalipun!Bior padan muka orang kat wikalah tu....huhu

Disebabkan aku mmg alergic dengan suasana menunggu...aku pun ajak Ummu Ahlaa pergi jalan2 dulu kat tempat lain..kali ini tujuan kami ialah Pejabat Pos Morocco..aku pun dah lama tak ziarah tempat nih...manala tau kan kot2 ada kiriman dari orang2 malaya ke...takpun ada apa2 bungkusan dari sapa2 yg minat kat aku...Aku rasa laaa cam ada orang minat kat aku...sebab 2-3 hari nih ramai benor panggilan2 telefon dari perempuan arab yg masuk kat umah ...Ummu Ahlaa pun dah pelik semacam..sebab aku nih gayanya cam tak layan perempuan..tp bila ada call masuk lama pulak bercakap....kah kah...kah

Kalu dulu aku tak bayar sebab tak dibenarkan bayar separuh dari jumlah bil..kali nih aku dah siapkan duit yg secukupnya utk menjelaskan segala hutang piutang aku dengan pihak wikalah...kalu dulu aku datang sampai 3-4 kali disebabkan terlampau ramai orang...kali nih aku dah buat perhitungan...100 orang mgkn memakan masa lebih kurang 1 jam setengah...aku dah planned yg kami mesti balik semula kat tempat bayar bil itu pada pukul 12.00 t/hari paling lewat.


Maka dalam pukul 11.45pg  kami pun sampai la kat tempat tersebut...bila aku tengok kat skrin, aku dapati number yg terpampang ialah 1205...maknanya ada lagi 40 orang utk sampai ke giliran aku...aku pun bercadang kat Ummu Ahlaa utk cari ais krim...sebab cuaca agak panas!kat sini ais krim dipanggil dengan le glass...bahasa french tu....tak tahannnnn....!!Dalam kami anak beranak pekena ais krim tu, number kat skrin pun sudah berganjak...ngam2 selesai kami mengkedarah le glass  number sudah pun sampai ke 1243...aku pun sepantas kilat berdiri menunggu kat kaunter dengan tabah dan sabar.." harap2 kali nih bolela bayar...", kataku dalam hati..

Sampai je turn aku, aku pun hulurkan bil dan duit secukupnya...Tp!ada tp lagi...brader kerani tu menggeleng-gelengkan  kepala menandakan duit aku masih belum cukup!Aik?? bukan ke aku bayar sama seperti yg ada dalam bil...aku pun tanya dia, kenapa tak cukup...dia pun bgtau....setiap bil mesti dibayar sebelum 15 haribulan...kalu lewat dari 15 haribulan akan dikenakan denda...kemudian tidak boleh melepasi 28 haribulan setiap bulan..kalu lebih dari 28 haribulan maka dendanya akan berlipat ganda! mak aiii....banyak tu brader...bila aku tanya berapa denda yg aku kena sebab aku dah terlepas 15/6..dan aku jugak dah terlepas 28/6...aku dah mula cuak...

Denda yg aku kena sebanyak 256 dirham morocco sahaja!...Banyak tuuu..kalu beli beras thailand dah dapat 2 guni..tahan makan sampai 5 bulan utk kami sekeluarga makan!jumlah yg bg aku tak berbaloi dengan kelewatan aku yg baru beberapa bulan...dan yg paling malang ialah jumlah itu sebagai denda aku yg malas nak tunggu masa kali pertama aku ziarah ke tempat ini dulu...Dicampur pulak dengan sikap aku yg sebelum ini tak pernah bayar dan hanya mengirimkan kat Asyraf Asybili utk menjelaskan bil...baru aku tau betapa seksanya dia menunggu turn..baru aku sedar yg betapa sabarnya dia menanti giliran..dan yg paling penting aku sepatutnya dah lama belajar erti kesabaran dan erti ketenangan dalam bermuamalah dengan orang2 arab morocco nih...nah baru padan muka aku!!huhu....alergic sangat dengan kalimah 'menunggu'.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...