Thursday, February 28, 2013

Hidup perlu diteruskan...

Kehidupan merupakan kenyataan....adapun kematian sesuatu yang pasti...semua orang perlukan sebuah kehidupan yang murni,yang aman,yang sentosa....tapi berapa ramai yang sedar kematian juga merupakan langkah awal kita untuk menuju sebuah lagi kehidupan yang kekal abadi...Aku teringat kata2 Hasan kepada Merah sewaktu waktu dahulu.." Mati tu senang Merah, hidup tu yang susah!!"...alaaah ni skrip dalam filem Merah...lakonan M.Basir ngan brader Sawi...korang ingat tak..? kalu tak silap filem ni terbit tahun 1996...

Inilah brader Merah@Sawi


Dan aku juga camtu...masih lagi diberi ALLAH ruang dan peluang utk meneruskan kehidupan. Diberi ruang untuk bersama orang2 yang tersayang...diberi nafas untuk terus menghirup dan menghela udara yang dapat secara percuma ini...arghhhh betapa besarnya nikmat pemberianMU ya RABB..cuma aku pelik bila melihat ada jugak dikalangan kita yang tak menghargai kehidupan....tak serik2 melakukan maksiat...dosa...fakhsya...mungkin bagi mereka hidup ini susah seperti kata2 Hasan kepada Merah....hahahah....


Ini pulak Hasan@M.Basir


Teringat aku sewaktu beberapa ketika berada dibumi Barbar...arghhh nih cerita 3 tahun lepas....acap kali aku tengok insan2 mencari rejeki dengan menyelongkar tong2 sampah seawal fajar terbit...dengan menutup muka, mereka mencari dan terus mencari apa2 yang boleh dijadikan makanan...kekadang aku melihat beberapa batang tubuh manusia yang tumpang tidur di kaki2 jalan...ikutkan hati nak je aku buatkan rumah2 banglo pada mereka ini...sediakan mereka makanan...ajar ilmu2 agama dan dunia...tapi yelahhh..masa tu pun aku masih lagi student....rumah sewa aku pun buruk jenis tak ingatnya!!...(aku dengar cite dah kena roboh oleh Mr Aununu...)

Dan semua tu mengajar aku akan realiti hidup....betapa aku perlu melihat ke hadapan....bukan sekadar 10..20 tahun akan datang...tp lebih jauh lagi..adakah  bekal dan amal aku untuk berjumpa dengan YANG MAHA PENCIPTA  dah settle..dah mantap..? camane ngan anak isteri aku..terjagakah mereka dari sudut syariat?....camne ngan tugas2 aku dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang setiap Isnin sampai Jumaat...ada mengulat tak..? so bila aku mengenangkan semua benda nih...terlintas jugak difikirankan akan benarnya kata2 Hasan tu...sebenarnya hidup nih yang susah...dan mati tidak sesusah mana pun sebab segala taklif dah terhenti cuma tunggu untuk dihisab sahaja....arghhhh...apa pun berlaku...hdup perlu diteruskan!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...