Tuesday, August 9, 2011

Suatu hari di bulan Ramadhan....

Bersempena Ramadhan nih...banyak kenangan manis dan pahit yg tak mampu aku lupakan...Maklumlah aku kan anak jantan...selalu ke hulu ke hilir mengisi masa lapang....selalu melakukan aktiviti yg kadang2 cukup menusuk kalbu..dan antara kenangan yg masih berbisa di ruang ingatan ini ialah ketika aku form 3..masa sekolah menengah...masa muda remaja lagi!!hhahha...

Masa tu aku kat TAHAP, dan sekolah kami mewajibkan semua pelajar duduk asrama...so puasa aku dari form 1 sampai form 5 banyak kat asramalah bersama rakan2 dan senior2...Sesiapa yg pernah lepak kat asrama sure tau sangat rutin dan apa jenis makanan yg disediakan utk berbuka...dalam seminggu tu ada hari makan sedap..ada hari makan tak sedap....level ketidaksedapan itu, kadang2 sampai aku sanggup tak berbuka lah..huhuu...dan yg paling aku tak tahan sekali...kami sure akan berjumpa ngan lauk 'ikan jaket'...hidangan yg cukup menyelerakan...




Jadi pada suatu hari itu ( aku tak ingat hari apa ) cuma yg pasti ianya berlaku pada tahun 1991....aku ngan beberapa geng yg dah tak tahan makan ikan jaket, planning utk cari lauk berbuka kat bazar ramadhan...maknanya dekat luar asrama dan kami kena keluar curi supaya tak kantoi ngan warden....sebab warden kami nih, bila je minta izin nak keluar, kami akan disoal dengan pelbagai soalan antaranya: sebab apa nak keluar?... kenapa nak keluar?....tak boleh ke tunggu hari outing? dan macam2 lagilah....so,takkan nak bg alasan tak lalu makan kottt....ada yg kena tenyeh kat kepala karang....

Ngam2 lepas zuhur, bila semua orang sibuk basuh baju dan berjalan mundar mandir tak tentu arah, kami menyusup ke belakang asrama.... laluan biasa bg mereka yg ingin keluar curi menuju ke bandar Jerantut...Nak keluar curi nih takleh ajak ramai2...kang ada yg bocor rahsia...kalu dah bocor macam2 bole jadi...abang2 senior yg perasan 'taiko' atau 'kapla' pulak, masa nihlah dia nak belasah...dengan alasan mendidik...(macamlah diaorang tu dah betol2 terdidik..sampai bersungguh benar nak didik orang..hhahaa)




Elok je kami menuju ke arah pintu pagar belakang asrama, tiba2 kami disergah dari tepi dengan kuat...:" Hah! korang nak gi mana tu...?"...apalagi terkejut khinzir kami...rupa2nya yg menyergah kami itu ialah abang form 5, salah sorang 'taiko' asrama yg cukup digeruni...kejahatan dan keperkasaannya memang tiada tolok banding...sebut je nama dia semua adik form 1 terkencing...aku pulak memang dah masak ngan perangai dia...asal ada mana2 budak yg kantoi buat kesalahan asrama dialah yg pertama sekali akan bg hukuman...walaupun kesalahan tu kecik je, macam tak bagi salam kat abang senior bila berjumpa...hukuman dia paling kurang penampar!

So aku dah rasa yg kami semua akan makan penampar free dia petang ramadhan yg mulia nih...paling minima pun aku agak mungkin 3 kali!!tulah nak cari sangat lauk sedap utk berbuka, tengok sekarang apa dah jadi...Tapi dengan tak semena-mena dia bercakap lembut ngan kami....:" Oohhh..nak cari lauk ye..." kata dia... Kami pun mula relaks dan tenang...pastu dia sambung cakap lagi..:" kalau korang nak keluar boleh...tp ada satu syarat...korang kena belanja abang murtabak special satu..." Kemudian aku pun jawab..:" Tapi abang sekarang kann baru lepas zohor, kalu beli murtabak awal2 nanti nak berbuka dah sejuk..mana sedap bang!



Brader senior tu jawab balik..:" Sapa kata abang nak murtabak tu utk berbuka...?"...kami pelik dan terus bertanya:" ehhh abang tak pose ke hari nih...?" Terus dia tergelak besar dan dengan yakin bagitau..." Korang tengok nih...!" sambil jari telunjuknya mengorek lubang idung dia dengan sengaja...dahla lubang idung dia tu agak besarr...memang jelasla yg dia sengaja nak batalkan puasa... pastu dia terus lari dan masuk menyusup ke dalam semak berhampiran asrama kami....rupa2nya itu memang tempat 'pot' brader2 senior yg nakal utk mengkedarah di siang ramadhan!..

Hampehh betoi diaorang nih...bukan je langgar peraturan asrama..tp langgar perintah ALLAH sekali...Aku and the gang pulak memang takde niat nak tiru perangai diaorang tu, kami cuma nak cari lauk je...yg daorang plak siap ada khemah dan bangsal baikkk punya utk buat projek...yg aku tak tahan sekali brader tu siap bgi takzkirah lagi sebelum sebelum blah..supaya kami jangan keluar curilah...jangan langgar peraturan sekolah lah...kena taat pada warden dan guru2 lah...bila siap tazkirah terus sengih2 dan ulang pesanan supaya hantar 'murtabak special' dia tu kat 'pot' yg dia dah tunjuk kat kami dengan kadar yg segera!hantuu betoiii...kah kah kah....

Saturday, August 6, 2011

Hukum darah haid dan istihadhah...(1)

Bercerita pasal darah2 kaum wanita ini sebenarnya membuatkan aku serba salah...yelah aku bukannya perempuan, bukan juga seorang 'mak nyah' yg terhegeh2 nak transform jadi seorang perempuan yg ayu dan penuh lemah lembut...ala2 'wanita melayu timur sejati' gitu.....cuma aku rasa, sebagai seorang lelaki kita kena juga amik tau serba sedikit tentang perkara ini agar dapat menghilangkan segala kekeliruan yg wujud...apatah lagi suatu hari nanti kita akan bergelar suami dan selepas itu menjadi bapa kepada anak2 perempuan kita...sekurang2nya isteri-isteri(kalau kawin ramaila) dan anak2 kita bole jugak tanya dan merujuk pada si ayah kalau mereka tak tau dan confuse dengan masalah haid atau istihadhah ini...

Berdasarkan karangan Imam Ibnu Rusyd rahimahumullah dalam kitabnya "Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid" wafat 595 H, para ulama berselisih  pendapat berkaitan tempoh maksimum dan minimum bagi wanita yang didatangi haid. Bagi Imam Malik dan Imam Syafie tempoh maksimum 15 hari. Manakala Imam Abu Hanifah pula berpendapat, paling lama seorang wanita mengalami haid ialah 10 hari


Camtu jugak tempoh minimum bagi darah haid. Ianya berbeza berdasarkan pandangan ulama2 mujtahidin ini. Imam Malik menyatakan tiada tempoh minimum bagi darah haid...maknanya seorang perempuan boleh didatangi haid walaupun 'sekali keluar' atau dalam tempoh yg sekejap. Tetapi Imam Malik tidak memasukkan tempoh yg 'sekali keluar' itu di dalam kiraan 3 kali Quru' untuk iddah perempuan yg diceraikan suaminya. Manakala Imam Syafie berpendapat tempoh minimum   utk haid ialah satu hari satu malam dan Imam Abu Hanifah pula mengatakan tempohnya adalah 3 hari. 

Kalau tadi kita bincang pasal tempoh minimum haid, sekarang kita tengok pula tempoh minimum suci bagi seorang wanita. Terdapat riwayat yg berbagai dari Imam Malik berkaitan hari2 suci bagi seorang wanita. Ada pendapat mengatakan tempohnya ialah 10 hari, ada riwayat yg lain pula menyebut hanya sekadar 8 hari. Ada juga riwayat dari Imam Malik yg mengatakan tempoh minimum suci itu ialah 15 hari. Kesimpulannya dalam mazhab maliki terdapat 3 pendapat yg berbeza berkaitan hari minimum suci utk seorang wanita.

Bagi Imam Syafie tempoh minimum suci seorang wanita adalah 15 hari...Begitu juga pandangan ulama2 Baghdad. Manakala Imam Abu Hanifah dikatakan berpandangan sebanyak 17 hari. Dan itulah tempoh suci paling banyak  berdasarkan Ijmak Ulama menurut Imam Ibnu Rusd.Manakala tempoh maksimum suci bagi seorang wanita adalah tiada had! Maksudnya seorang wanita boleh berada dalam keadaan suci selama makna dia tidak didatangi darah kotor ini...sebab keadaan seorang wanita dengan wanita yg lain adalah berbeza berdasarkan faktor kesihatan dan gaya hidup yg diamalkan. 

Dan Imam Malik membahagikan perempuan haid itu kepada dua: 1) Perempuan yg pertama kali mengalami haid...2) Perempuan yg dah biasa mengalami haid...Menurut beliau, perempuan yg baru pertama kali didatangi haid wajib meninggalkan solat sebaik saja mendapati ada darah pada dirinya sehinggalah cukup 15 hari, sekiranya darah itu tidak berhenti selepas 15 hari, maka dia wajib mandi serta sembahyang dan darahnya itu dianggap darah istihadhah. Begitu juga pendapat Imam Syafie....cuma Imam Malik berpendapat seorang perempuan itu wajib solat apabila  dia berasa yakin yg darah yang keluar itu adalah darah penyakit atau istihadhah.

Bagi Imam Syafie pula, apabila perempuan itu yakin yg darahnya bukan darah haid, dia wajib mengulangi semua solat yg ditinggalkan sejak hari kedua darah itu keluar...sebab mula2 dia ingat darah yg keluar itu adalah haid..rupa2nya darah istihadhah...jadi kenalah dia qada' semua sembahyang tersebut.... Kenapa dikira pada hari kedua..? sebab bagi Imam Syafie tempoh minimum haid ialah satu hari satu malam...maknanya tempoh 24 jam yg mula2 itu dianggap darah haid...

Sebenarnya panjang lg tajuk ini kalu nak dibincangkan...jadi elok kalau aku sambung pada sesi yg akan datang, memandangkan sekarang ini waktu dah hampir berbuka...aku pulak skrg nih dah jadi full timer suri rumahtangga...kenala masak sendiri!!...hahhaha...oklah nanti aku sambung lagi bab nih sampai habis agar kita para2 suami dan isteri serta anak2 dapat faham insyaALLAH...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan di Morocco

Hari ini merupakan 1 Ramadhan atau hari pertama puasa bagi tahun 1432 Hijriyyah bersamaan 2 Ogos 2011 Masihiyyah. Aku masih di sini...menikmati bulan puasa di rantau orang seperti tahun2 sebelumnya...Ya mgkn aku sudah biasa berpuasa jauh dari keluarga tercinta, namun sesekali terselit juga rasa rindu utk sama2 menjamah kuih-muih dari air tangan bonda tersayang...atau setidaknya bersama rakan2 menyusuri bazar ramadhan yg penuh warna warni...arghhh itu di malaysia...bayangkanlah tahun ini merupakan kali ke 12 aku berpuasa jauh dari ibu dan sanak saudara...mujurlah aku sekarang sudah beristeri dan mempunyai anak...kalau tak..mau jugak mati kutu termanggu sorang2 menanti azan maghrib sebagai petanda waktu berbuka...

Menyambut Ramadhan di Morocco nih, memang satu pengalaman yg cukup menarik...banyak kelainan dan perbezaan yg aku tengok, kalu nak dibandingkan dengan negara2 yg pernah aku lewati...sejak dari hari pertama lagi masjid akan penuh dan masyarakat sini akan bersolat di masjid secara berjemaah..bukan utk terawih je tau, tp hampir semua waktu keadaannya begitu...aku memang cukup respect bila pertama kali tengok diaorang nih solat sampai melimpah keluar masjid...(nih based pada wilayah kenitra dan masjid lalla khadija je...tempat lain aku tak tau..huhuhu!!) kagum aku, sebab kalau di malaya yg penuhnya mgkn ketika solat terawih, manakala solat 5 waktu yg lain keadaannya sama macam bulan tak puasa...

Nih gambar hiasan je...
Kemudian masa nihla kita akan jumpa berbagai ragam orang yg datang solat terawih..kadang2 nak tergelak pun ada bila aku ternampak seorang brader tuh solat dengan seluar pendek lebih skit dari lutut dan memakai rantai leher...kalau budak2 yg sekolah rendah pulak, ada yg pakai seluar nampak lutut terus..mgkn mazhab diaorang benarkan kot bersolat dengan pakaian camtu...kalau kita di malaya, nak gi solat sure pakai baju melayu ngan kain pelikat...pastu pakai kopiah..nampak comel je...kat sini...semua jenis pakaian ada...jersi bola, baju ada gambar rocker, baju gambar che guevara....baju takde lengan...semua bole jumpa...tp aku kagum sebab semangat orang2 sini menyambut bulan pose yg mulia nih..memang nampak benar bezanya ngan bulan2 tak pose...

Dan diaorang solat terawih pulak tak semestinya 8 rakaat atau 20 rakaat...ada setengah tu buat 2 rakaat je pastu blah..mgkn sakit perut nak ke tandas kot..hhahha...ada pulak yg buat 4 rakaat...dan ada jugak yg buat 6 rakaat..yg penting buat...di situlah agaknya rahsia bebudak muda sini akan hadir berterawih sampai akhir bulan ramadhan...kalau kita kat malaya, minggu pertama penuh masjid, bila masuk minggu kedua dah tinggal separuh..bila masuk minggu2 akhir hanya pak2 aji dan yg dah vateran je yg stay, geng2 muda dah tak tau pi mana...kat sini 10 malam terakhir tu lagi ramai...semua datang...yg tua..yg muda..yg kecik..yg gemuk semua ada especially malam 27 ramadhan...
Dan inilah yg membuat aku seronok berpuasa di sini walaupun jauh dari tanah air tercinta..mgkn ini adalah kali terakhir aku menyambut puasa dan raya di bumi morocco nih...pastinya aku akan merindui saat2 berterawih dengan arab2 morocco yg berbagai rupa...ewasyir mabruka yaa maghrib!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...