Thursday, February 28, 2013

Hidup perlu diteruskan...

Kehidupan merupakan kenyataan....adapun kematian sesuatu yang pasti...semua orang perlukan sebuah kehidupan yang murni,yang aman,yang sentosa....tapi berapa ramai yang sedar kematian juga merupakan langkah awal kita untuk menuju sebuah lagi kehidupan yang kekal abadi...Aku teringat kata2 Hasan kepada Merah sewaktu waktu dahulu.." Mati tu senang Merah, hidup tu yang susah!!"...alaaah ni skrip dalam filem Merah...lakonan M.Basir ngan brader Sawi...korang ingat tak..? kalu tak silap filem ni terbit tahun 1996...

Inilah brader Merah@Sawi


Dan aku juga camtu...masih lagi diberi ALLAH ruang dan peluang utk meneruskan kehidupan. Diberi ruang untuk bersama orang2 yang tersayang...diberi nafas untuk terus menghirup dan menghela udara yang dapat secara percuma ini...arghhhh betapa besarnya nikmat pemberianMU ya RABB..cuma aku pelik bila melihat ada jugak dikalangan kita yang tak menghargai kehidupan....tak serik2 melakukan maksiat...dosa...fakhsya...mungkin bagi mereka hidup ini susah seperti kata2 Hasan kepada Merah....hahahah....


Ini pulak Hasan@M.Basir


Teringat aku sewaktu beberapa ketika berada dibumi Barbar...arghhh nih cerita 3 tahun lepas....acap kali aku tengok insan2 mencari rejeki dengan menyelongkar tong2 sampah seawal fajar terbit...dengan menutup muka, mereka mencari dan terus mencari apa2 yang boleh dijadikan makanan...kekadang aku melihat beberapa batang tubuh manusia yang tumpang tidur di kaki2 jalan...ikutkan hati nak je aku buatkan rumah2 banglo pada mereka ini...sediakan mereka makanan...ajar ilmu2 agama dan dunia...tapi yelahhh..masa tu pun aku masih lagi student....rumah sewa aku pun buruk jenis tak ingatnya!!...(aku dengar cite dah kena roboh oleh Mr Aununu...)

Dan semua tu mengajar aku akan realiti hidup....betapa aku perlu melihat ke hadapan....bukan sekadar 10..20 tahun akan datang...tp lebih jauh lagi..adakah  bekal dan amal aku untuk berjumpa dengan YANG MAHA PENCIPTA  dah settle..dah mantap..? camane ngan anak isteri aku..terjagakah mereka dari sudut syariat?....camne ngan tugas2 aku dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang setiap Isnin sampai Jumaat...ada mengulat tak..? so bila aku mengenangkan semua benda nih...terlintas jugak difikirankan akan benarnya kata2 Hasan tu...sebenarnya hidup nih yang susah...dan mati tidak sesusah mana pun sebab segala taklif dah terhenti cuma tunggu untuk dihisab sahaja....arghhhh...apa pun berlaku...hdup perlu diteruskan!!!

Sunday, September 30, 2012

Hari Ini 30 September....

Hari ini merupakan hari terakhir bulan September...Tanpa aku sedar dah dekat setahun aku dok kat Malaya nih.Itu maknanya aku,bini dan anak2 dak meninggalkan bumi Kenitra juga dah setahun lebih...sebab masa balik tahun  lepas tu, umur Marwa baru 24 hari...fuhhh rasa baru je 3,4 malam lepas aku bermimpi makan harsyah  ngan fromage kat mahlabah Abdullah sebelum aku bergerak menuju Jamiah utk meneruskan kehidupan sebagai pelajar tua...hahaha! 

Inilah Harsyah yang menjadi pujaan hatiku


Dan bila aku balik sini banyak benda yang aku lalui...Kebetulan aku ditugaskan semula kat sebuah tempat yang jauh dan asing dengan tempat aku membesar dan belajar..jauh dari sedara mara dan sahabat andai...mujur aku ngam ngan bebudak ijazah masa kat maroc dulu...Bebudak nih yang ramai yang menetap kat sini...merekalah yg selalu menziarahi kami dan pengubat rindu kami kalau teringat daerah Kenitra yang dah kami tinggalkan berjuta batu...

Ahlaa dah makin membesar....selalu tanya pasal duk-duk dia(kereta mainan)...dan himawari( bear busuk dia)...tahun depan katanya nak masuk sekolah..aku dah booking pun sekolah kat dia...nak tengok dia menangis tak first day dia kat sekolah nanti.Kata mak aku...masa aku dihantar masuk sekolah dulu...aku siap suruh ayah ngan mak balik cepat...sebab aku dah tak sabar nak masuk kelas...mak ngan ayah macam tak confident je aku boleh survive dan tak dibuli oleh bebudak lain...sebab saiz badan aku yang tak nampak ganas dan berketul-ketul macam The Rock...Kata mak:" Nanti hang kena terajang macamana..?" Hahaha..itu cite tahun 1982!

Duk-duk Ahlaa takla sport camnih...huhu


Marwa pun dah pandai respons bila aku main2 ngan dia...tu semua hadiah yg tak ternilai dalam hidup aku...Fe'el dia yang paling aku syok dan seronok bila time aku balik kerja..Marwalah orang pertama yg muncul di muka pintu dan menghulurkan kunci rumah pada aku...kemudian dia akan berlari ke arah aku dan minta didukungkan...aku pasti akan mendukungnya untuk seketika!arghhhh betapa manisnya kalu hidup terus dihiasi dengan sejuta keindahan seperti ini...Aku pun tak sabar nak tengok dia pandai bercakap seperti Ahlaa...Kalu sekarang Marwa baru boleh mengangguk bila ditanya...mgkn 2,3 bulan lagi dia dah bole sebut beberapa kalimat...

Tengah pening apa soalan yang nak keluar


Esok merupakan hari pertama bulan Oktober. Bulan exam bagi bebudak sekolah...dan bulan kedua terakhir sebelum cuti akhir tahun bermula...bebudak SPM ngan STPM tengah sesak prepare nak masuk exam...Perdana Menteri dah selesai bentangkan bajet. Ahli2 parlimen dah mula mencongak bila pilihanraya nak diadakan...Makcik2 felda ada yang gembira dengan pembentangan bajet...Dan aku..?? Macam biasa...gaji tak naik2 lagi setakat ini...kerja masih macam sebelum aku berangkat ke marocco...kepala sesak ngan 2,3 problem duniawi...Tanggungjawab dan tugas yang makin menimbun...rehat yang tak berapa cukup..terkejar ke sana dan ke sini....Dan pastinya aku akan terus berdoa agar akan ada sinar menjelang awal Januari 2013...Umur makin bertambah..dan patutnya kematangan pun bertambah juga!!!!arghhhhhh....Sabar itu manis...Dan sabarlah wahai Daun Kuchai!


Thursday, July 26, 2012

Ramadhan al-Mubarak...

Masuk arini dh 6 ari umat Islam berpuasa... kejap je rase kan?? bila dok sorang2 aku slalu teringat-ingat kenangan pose kt Morocco... Oh, rindu rase nk pose kt sana,huhu... Ramadhan tahun lepas paling tak dapat aku lupekan...
10 ari sebelum pose aku bersalin anak ke-2... Jd sebulan aku tak pose. 

Sian aku tengok DaunKuchai sahur ngan berbuka sorang2... Kena masak sendiri plak tu. Al-maklum la, nk beli kt bazar Ramadhan tak boleh plak. Org Morocco ni mane ada bazar2 bagai macam kite ni. Kalau ade pun makanan diaorang la.
Takkan nk berbuka ngan harsyah je kot... tak pun kuskus. Dah name pun org melayu, mesti la nk nasi gak kan,huhu. Aku plak biasa je, maklum la anak sulung pun aku bersalin dekat nk pose jugak... Tak silap aku 4 ari sebelum pose kot...



Jadi blh la biasakan diri berpantang dibulan Ramadhan ni,hehe. Kadang2 aku kesian gak ngan DaunKuchai ni, dh 2 kali kena pose sorang2... Dah la tu, buka pose ala kadar plak tuh... Gonekan masak sendiri katakan...

Jadi tahun ni, sempena meraikan kami dapat berpose bersama-sama aku pun dgn seikhlas hati masak special sket utk berbuka... Ape saje yg berkenan dihati DaunKuchai aku terus je buat tanpa byk soal dan songeh...

Nk upload gambar tak boleh la plak... kamera aku hilang... henset plak rosak... Jadi tak boleh la nk tunjuk kt korang makanan yg sedap2 tu,hehe. Sedap ke?? ala mesti la sedap sbb DaunKuchai sampai tambah nasi satu periuk... tak sempat aku nk mkn... terpaksa la mkn lauk-pauk n sayur-mayur je...huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...