Wednesday, January 18, 2012

Pilu pulak rasanya....

Hari nih...aku belek balik coretan2 aku di blog nih....perghhh rasa macam lama sangat aku tak update blog Daunkuchai yg penuh nostalgia nih.....rasa macam aku nih sibuk bangat mengalahkan tukang azan yg tinggal 5 saat lagi waktu solat nak masuk, sedangkan dia masih di tandas menunaikan hajat lagi...sibuk dan terkejar2...

Aku pun tak pasti kenapa setibanya kami di bumi bertuah ini, masa seolah-olah macam kurang jee...rasa macam sehari tu hanya ada 20 jam bukan 24...seminggu pulak macam ada 4 hari je bukan 7...terkejar ke sana dan ke sini....aku pun tak tau apa yang membuatkan aku begitu kelam- kabut dan huru- hara selama beberapa bulan aku menapak kembali di bumi malaya nih...

Arab Maghriby
Arghhhhh mgkn inilah kehidupan yg kekadang kita tak terduga apa yg berlaku...apa yg kita rancang tak semestinya menjadi kenyataan...(ayat yg aku selalu dengar dalam novel2 cinta..hahauuhaha) selama hampir 2 tahun aku berasa cukup selesa..berasa cukup tenang,,,berasa cukup enjoy...ditemani sang isteri tersayang dan puteri sulong tercinta...tak payah nak pikir pasal meeting..tak yah nak pikir pasal servis kereta...minyak kereta cukup ke tak....kenaikan harga barang....pasar malam....sebab semua tu takde di bumi kenitra....

Tapi hari ini..aku melihat kembali coretan2 itu...terus terkenang segala kenangan yg pernah terpahat sewaktu aku menjejaki bumi Barbar itu...teringat kali pertama dijemput oleh Afiq Hakimi dan Tajuddin yg mewakili kaum lelaki dan Nazirah serta Tengku Anis yg mewakili kaum hawa..Dan bermula dari situ kami diperkenalkan dengan semua warga kenitra yang aku rasa semuanya baik2 dan dan mesra....layak untuk dijadikan calon isteri dan suami(nasib baik aku dah kawin waktu tu..hahahha!)*-syupppp jangan bgtau ummu ahlaa....kang 3 hari den makan nasi kat kodai!!!

Satu persatu ruang ingatan ini menerjah kembali memori2 indah sewaktu di sana...aku rasa cam nak balik je semula kat sana...main bola dengan ubai dan azim kat padang simen tu petang2....pergi bertalaqqi ngan haziq dan fath kat bab fes setiap hari ahad....dan makan makanan yg di masak oleh chef syidan serta ali imran bila time cuti... menziarahi hariz, aimi, mamduh, syahril di Sakaniyah, juga bersembang2 ngan mail dan abang kachem kita bila aku dah letih   dan penat mengadap nota2 pak arab ketika study sorang2 kat rumah Abou Temmam ..arggggghhh .mereka ini adalah insan2 yg banyak berjasa sewaktu kami di sana...(semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian walau di mana kalian berada....Ameen!!)

Pak Arab Badwi tengah melepak
Bila aku tanya ahlaa dia ingat lg tak harsyah, malwy, rayb bil fawakeh....dia kata ingatttt! ingat lagi tak ngan ammu2 kat sana..dia angguk kepala..ingat lagi tak ngan ibu2  di FBI dan DARUZ ZAQ...dia menjerit menyebut nama sorang2...fuhhhh aku rasa puas bila ahlaa bole ingat semua tuh....dan aku tau mgkn agak payah untuk kami kembali ke sana dalam waktu terdekat ini...apa yg pasti kenitra dan bumi barbar telah aku tinggalkan, tak tau bila nak sampai lagi....sebab itu setiap kali aku teringatkan mereka dan juga persekitarannya hatiku menjadi sayu dan terharu...arghhhh  Morocco pasti dalam kenangan!

Tuesday, August 9, 2011

Suatu hari di bulan Ramadhan....

Bersempena Ramadhan nih...banyak kenangan manis dan pahit yg tak mampu aku lupakan...Maklumlah aku kan anak jantan...selalu ke hulu ke hilir mengisi masa lapang....selalu melakukan aktiviti yg kadang2 cukup menusuk kalbu..dan antara kenangan yg masih berbisa di ruang ingatan ini ialah ketika aku form 3..masa sekolah menengah...masa muda remaja lagi!!hhahha...

Masa tu aku kat TAHAP, dan sekolah kami mewajibkan semua pelajar duduk asrama...so puasa aku dari form 1 sampai form 5 banyak kat asramalah bersama rakan2 dan senior2...Sesiapa yg pernah lepak kat asrama sure tau sangat rutin dan apa jenis makanan yg disediakan utk berbuka...dalam seminggu tu ada hari makan sedap..ada hari makan tak sedap....level ketidaksedapan itu, kadang2 sampai aku sanggup tak berbuka lah..huhuu...dan yg paling aku tak tahan sekali...kami sure akan berjumpa ngan lauk 'ikan jaket'...hidangan yg cukup menyelerakan...




Jadi pada suatu hari itu ( aku tak ingat hari apa ) cuma yg pasti ianya berlaku pada tahun 1991....aku ngan beberapa geng yg dah tak tahan makan ikan jaket, planning utk cari lauk berbuka kat bazar ramadhan...maknanya dekat luar asrama dan kami kena keluar curi supaya tak kantoi ngan warden....sebab warden kami nih, bila je minta izin nak keluar, kami akan disoal dengan pelbagai soalan antaranya: sebab apa nak keluar?... kenapa nak keluar?....tak boleh ke tunggu hari outing? dan macam2 lagilah....so,takkan nak bg alasan tak lalu makan kottt....ada yg kena tenyeh kat kepala karang....

Ngam2 lepas zuhur, bila semua orang sibuk basuh baju dan berjalan mundar mandir tak tentu arah, kami menyusup ke belakang asrama.... laluan biasa bg mereka yg ingin keluar curi menuju ke bandar Jerantut...Nak keluar curi nih takleh ajak ramai2...kang ada yg bocor rahsia...kalu dah bocor macam2 bole jadi...abang2 senior yg perasan 'taiko' atau 'kapla' pulak, masa nihlah dia nak belasah...dengan alasan mendidik...(macamlah diaorang tu dah betol2 terdidik..sampai bersungguh benar nak didik orang..hhahaa)




Elok je kami menuju ke arah pintu pagar belakang asrama, tiba2 kami disergah dari tepi dengan kuat...:" Hah! korang nak gi mana tu...?"...apalagi terkejut khinzir kami...rupa2nya yg menyergah kami itu ialah abang form 5, salah sorang 'taiko' asrama yg cukup digeruni...kejahatan dan keperkasaannya memang tiada tolok banding...sebut je nama dia semua adik form 1 terkencing...aku pulak memang dah masak ngan perangai dia...asal ada mana2 budak yg kantoi buat kesalahan asrama dialah yg pertama sekali akan bg hukuman...walaupun kesalahan tu kecik je, macam tak bagi salam kat abang senior bila berjumpa...hukuman dia paling kurang penampar!

So aku dah rasa yg kami semua akan makan penampar free dia petang ramadhan yg mulia nih...paling minima pun aku agak mungkin 3 kali!!tulah nak cari sangat lauk sedap utk berbuka, tengok sekarang apa dah jadi...Tapi dengan tak semena-mena dia bercakap lembut ngan kami....:" Oohhh..nak cari lauk ye..." kata dia... Kami pun mula relaks dan tenang...pastu dia sambung cakap lagi..:" kalau korang nak keluar boleh...tp ada satu syarat...korang kena belanja abang murtabak special satu..." Kemudian aku pun jawab..:" Tapi abang sekarang kann baru lepas zohor, kalu beli murtabak awal2 nanti nak berbuka dah sejuk..mana sedap bang!



Brader senior tu jawab balik..:" Sapa kata abang nak murtabak tu utk berbuka...?"...kami pelik dan terus bertanya:" ehhh abang tak pose ke hari nih...?" Terus dia tergelak besar dan dengan yakin bagitau..." Korang tengok nih...!" sambil jari telunjuknya mengorek lubang idung dia dengan sengaja...dahla lubang idung dia tu agak besarr...memang jelasla yg dia sengaja nak batalkan puasa... pastu dia terus lari dan masuk menyusup ke dalam semak berhampiran asrama kami....rupa2nya itu memang tempat 'pot' brader2 senior yg nakal utk mengkedarah di siang ramadhan!..

Hampehh betoi diaorang nih...bukan je langgar peraturan asrama..tp langgar perintah ALLAH sekali...Aku and the gang pulak memang takde niat nak tiru perangai diaorang tu, kami cuma nak cari lauk je...yg daorang plak siap ada khemah dan bangsal baikkk punya utk buat projek...yg aku tak tahan sekali brader tu siap bgi takzkirah lagi sebelum sebelum blah..supaya kami jangan keluar curilah...jangan langgar peraturan sekolah lah...kena taat pada warden dan guru2 lah...bila siap tazkirah terus sengih2 dan ulang pesanan supaya hantar 'murtabak special' dia tu kat 'pot' yg dia dah tunjuk kat kami dengan kadar yg segera!hantuu betoiii...kah kah kah....

Saturday, August 6, 2011

Hukum darah haid dan istihadhah...(1)

Bercerita pasal darah2 kaum wanita ini sebenarnya membuatkan aku serba salah...yelah aku bukannya perempuan, bukan juga seorang 'mak nyah' yg terhegeh2 nak transform jadi seorang perempuan yg ayu dan penuh lemah lembut...ala2 'wanita melayu timur sejati' gitu.....cuma aku rasa, sebagai seorang lelaki kita kena juga amik tau serba sedikit tentang perkara ini agar dapat menghilangkan segala kekeliruan yg wujud...apatah lagi suatu hari nanti kita akan bergelar suami dan selepas itu menjadi bapa kepada anak2 perempuan kita...sekurang2nya isteri-isteri(kalau kawin ramaila) dan anak2 kita bole jugak tanya dan merujuk pada si ayah kalau mereka tak tau dan confuse dengan masalah haid atau istihadhah ini...

Berdasarkan karangan Imam Ibnu Rusyd rahimahumullah dalam kitabnya "Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid" wafat 595 H, para ulama berselisih  pendapat berkaitan tempoh maksimum dan minimum bagi wanita yang didatangi haid. Bagi Imam Malik dan Imam Syafie tempoh maksimum 15 hari. Manakala Imam Abu Hanifah pula berpendapat, paling lama seorang wanita mengalami haid ialah 10 hari. 


Camtu jugak tempoh minimum bagi darah haid. Ianya berbeza berdasarkan pandangan ulama2 mujtahidin ini. Imam Malik menyatakan tiada tempoh minimum bagi darah haid...maknanya seorang perempuan boleh didatangi haid walaupun 'sekali keluar' atau dalam tempoh yg sekejap. Tetapi Imam Malik tidak memasukkan tempoh yg 'sekali keluar' itu di dalam kiraan 3 kali Quru' untuk iddah perempuan yg diceraikan suaminya. Manakala Imam Syafie berpendapat tempoh minimum   utk haid ialah satu hari satu malam dan Imam Abu Hanifah pula mengatakan tempohnya adalah 3 hari. 

Kalau tadi kita bincang pasal tempoh minimum haid, sekarang kita tengok pula tempoh minimum suci bagi seorang wanita. Terdapat riwayat yg berbagai dari Imam Malik berkaitan hari2 suci bagi seorang wanita. Ada pendapat mengatakan tempohnya ialah 10 hari, ada riwayat yg lain pula menyebut hanya sekadar 8 hari. Ada juga riwayat dari Imam Malik yg mengatakan tempoh minimum suci itu ialah 15 hari. Kesimpulannya dalam mazhab maliki terdapat 3 pendapat yg berbeza berkaitan hari minimum suci utk seorang wanita.

Bagi Imam Syafie tempoh minimum suci seorang wanita adalah 15 hari...Begitu juga pandangan ulama2 Baghdad. Manakala Imam Abu Hanifah dikatakan berpandangan sebanyak 17 hari. Dan itulah tempoh suci paling banyak  berdasarkan Ijmak Ulama menurut Imam Ibnu Rusd.Manakala tempoh maksimum suci bagi seorang wanita adalah tiada had! Maksudnya seorang wanita boleh berada dalam keadaan suci selama makna dia tidak didatangi darah kotor ini...sebab keadaan seorang wanita dengan wanita yg lain adalah berbeza berdasarkan faktor kesihatan dan gaya hidup yg diamalkan. 

Dan Imam Malik membahagikan perempuan haid itu kepada dua: 1) Perempuan yg pertama kali mengalami haid...2) Perempuan yg dah biasa mengalami haid...Menurut beliau, perempuan yg baru pertama kali didatangi haid wajib meninggalkan solat sebaik saja mendapati ada darah pada dirinya sehinggalah cukup 15 hari, sekiranya darah itu tidak berhenti selepas 15 hari, maka dia wajib mandi serta sembahyang dan darahnya itu dianggap darah istihadhah. Begitu juga pendapat Imam Syafie....cuma Imam Malik berpendapat seorang perempuan itu wajib solat apabila  dia berasa yakin yg darah yang keluar itu adalah darah penyakit atau istihadhah.

Bagi Imam Syafie pula, apabila perempuan itu yakin yg darahnya bukan darah haid, dia wajib mengulangi semua solat yg ditinggalkan sejak hari kedua darah itu keluar...sebab mula2 dia ingat darah yg keluar itu adalah haid..rupa2nya darah istihadhah...jadi kenalah dia qada' semua sembahyang tersebut.... Kenapa dikira pada hari kedua..? sebab bagi Imam Syafie tempoh minimum haid ialah satu hari satu malam...maknanya tempoh 24 jam yg mula2 itu dianggap darah haid...

Sebenarnya panjang lg tajuk ini kalu nak dibincangkan...jadi elok kalau aku sambung pada sesi yg akan datang, memandangkan sekarang ini waktu dah hampir berbuka...aku pulak skrg nih dah jadi full timer suri rumahtangga...kenala masak sendiri!!...hahhaha...oklah nanti aku sambung lagi bab nih sampai habis agar kita para2 suami dan isteri serta anak2 dapat faham insyaALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...